Penduduk menunjukkan arus sungai semakin deras dan dalam selain menghakis tanah mereka yang dipercayai berpunca daripada aktiviti mencuci serta mendalamkan sungai di situ sejak lebih dua bulan lalu. |
KULIM - Beberapa penduduk di Kampung Bukit Rawa, Baling bimbang dengan masalah hakisan tanah dipercayai berpunca dari projek mencuci dan mendalamkan sungai di Kampung Lindungan Raja, di sini sejak dua bulan lalu.
Penoreh getah, Shaikh Abd Rahman Mohd Shariff, 56, berkata, penduduk berdepan kerugian apabila tanah mereka yang terletak di tepi sungai semakin terhakis terutama ketika hujan lebat.
"Dulu memang ada hakisan tapi taklah seteruk ini apabila aktiviti mencuci dan mendalamkan sungai dilakukan.
"Batu sempadan tanah kami dan rizab sungai pun habis hilang jatuh dalam sungai akibat hakisan tanah. Tanah rizab sungai lagilah dah habis terhakis," katanya.
Menurutnya, alternatif lain sudah diambil dengan meletakkan terowong konkrit bagi mengurangkan hakisan yang cepat berlaku selain menanda kawasan tanah persendirian.
"Dari dulu lagi saya minta pihak terbabit ambil tindakan kerana masalah hakisan sungai ini dah berlaku tapi hampa. Mula-mula saya tambun tebing tapi terhakis juga.
"Jadi saya ambil inisiatif sendiri letak terowong untuk kurangkan hakisan lepas itu projek ini pula dijalankan, beberapa biji terowong sudah dibawa arus," katanya.
Tambahnya, aktiviti tersebut juga mendatangkan keraguan apabila setiap hari pasir yang dikorek dibawa keluar oleh lori kecuali pada Jumaat.
“Kami juga rasa curiga apabila setiap hari pasir di sini akan dibawa keluar. Kalau ikutkan ia mesti ada hari-hari tertentu baru bawa keluar,” katanya.
Selain itu, Zainol Jusoh, 68, berkata, dia terpaksa menanggung kerugian apabila dua baris pokok getahnya rebah ke dalam sungai akibat hakisan.
“Pokok getah inilah sumber pendapatan saya, itupun tak cukup, sekarang ini pokok getah pula berkurang sebab hakisan sungai di situ.
“Saya memang tak dapat sabar lagi dengan masalah ini yang bukan berpunca daripada penduduk tapi orang luar,” katanya.
Manakala, Ridwan Mat Zan, 41, berkata, tanah kebun milik bapanya sudah terhakis sebanyak dua meter dan anak pokok kelapa sawit yang ditanam juga dibawa arus sungai.
“Tanah ayah saya di sini pun dah terhakis, anak pokok kelapa sawit yang baru tanam pun dah masuk dalam sungai kalau dibiarkan tak mustahil habis semua terhakis.
“Rumah kami pun dekat saja dengan sungai, nanti mesti akan jadi mendapan dan merosakkan rumah pula,” katanya.
Malah katanya, air sungai juga semakin dalam menyebabkan penduduk terutamanya kanak-kanak tidak boleh lagi mandi di situ.
“Kalau dulu kami boleh redah saja air sungai untuk ke seberang sekarang sudah jadi dalam, nak bagi anak-anak mandi pun takut mereka lemas,” katanya.
Penduduk, Md Dahari Jahya, 60, berkata, pihak terbabit digesa memantau aktiviti tersebut dan sekiranya ia diluluskan mereka perlu ambil langkah segera untuk selesaikan masalah hakisan sungai di situ.
“Kami minta sangat pihak terbabit datang pantau tengok aktiviti yang kononnya mencuci dan mendalamkan sungai, sebab ia dah bagi banyak masalah dan kerugian kepada kami.
“Siapa yang nak bertanggungjawab? Habis tanah kami hilang siapa yang nak ganti? Tolonglah jangan teruskan projek tersebut kalau ia ada kelulusan atau carilah Jalan selesaikan masalah kami,” katanya.
Sudah dapat kelulusan JPS
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Rawa, Norihan Hashim berkata, pihaknya sudah mengambil langkah menghantar surat aduan kepada JPS dan Pejabat Daerah Kulim mengenai masalah itu.
“Saya dah dapat aduan daripada penduduk terutama tuan tanah berhampiran sungai mengenai tanah mereka yang makin terhakis.
“Surat dah dihantar dua minggu lepas kepada JPS dan Pejabat Daerah Kulim untuk ambil tindakan lanjut serta JPS Baling juga dihantar dua hari lalu melalui anak saya,” katanya.
Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kulim, Mohd Idrus Amir berkata, projek mencuci dan mendalamkan sungai di kawasan tersebut mendapat kelulusan JPS negeri dan permit dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kulim.
“Projek ini ada kelulusan dan permit akan dilaksanakan dalam tempoh enam bulan, aktiviti itu sudah dilaksanakan selama dua bulan lebih. Tujuannya adalah untuk elak hakisan sungai menghakis tanah kubur di sebelah Kulim,” katanya.
Beliau berkata, projek tersebut juga dibenarkan menggunakan pam pasir kerana jarak jangkauan sungai terlalu lebat.
“Keluasan tanah sebelah Baling masih dalam rizab sungai dalam jarak 12 meter dan kita dapati masih ada penduduk usahakan pertanian di tanah rizab.
“Projek tersebut juga sudah dimaklumkan kepada pihak berkenaan termasuk JKKK Bukit Rawa, difahamkan kedua-dua pihak ada persetujuan,” katanya.
Bagaimanapun katanya, JPS dan Pejabat Tanah Daerah (PTD) sentiasa melakukan pantauan kerja terbabit bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku.
“Jika ada pelanggaran syarat teknikal dan ada aduan daripada tuan tanah, pihak JPS akan ambil langkah-langkah pembendungan dan kawalan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian