KOTA BHARU - Pemilik kepada sebuah kedai makan di Pantai Sabak, di sini, nafi menghidangkan ‘Coconut Shake Oreo’ bercampur katak kepada pelanggan seperti mana yang diviralkan di media sosial, sejak semalam.
Mohd Khairi Mohamad Sidik, 48, berkata, kejadian itu disedari pada jam 4 petang apabila salah seorang pelanggan lelaki yang makan di kedainya memberitahu air yang dipesan mengandungi amfibia tersebut.
Katanya, dia turut terkejut melihat katak yang dibasahi air Coconut Shake berada di atas meja di hadapan pelanggan itu dan segera meminta maaf kepada lelaki tersebut.
“Saya pun tidak pasti bagaimana seekor katak boleh berada atau masuk ke dalam air minuman tersebut kerana saya dan pekerja sentiasa memastikan kebersihan makanan dan minuman yang dihidangkan kepada pelanggan di kedai kami.
“Segala kelengkapan membuat air termasuk mesin pengisar dan ais krim sentiasa tertutup rapat dan jika benarlah katak itu masuk ketika kami membuat air, pastinya katak itu hancur kerana terkisar bersama-sama air kelapa,” katanya.
Beliau berkata, dakwaan pelanggan tersebut tidak masuk akal, bagaimanapun katanya lagi, apa-apa sekalipun kemungkinannya, dia menganggap itu sebagai ujian ALLAH SWT kepadanya yang sudah empat tahun berniaga di lokasi berkenaan.
“Alhamdulillah sepanjang berniaga, ini adalah ujian paling hebat hingga saya tersandar ke dinding ketika mengetahui perkara ini diviralkan oleh pelanggan tersebut dan saya amat berharap dia dapat maafkan saya serta memadam viral berkenaan.
“Saya juga tidak marah pada dia, tetapi tindakan dia viralkan perkara ini boleh menjejaskan perniagaan sama yang baru hendak meningkat naik. Saya harap pelanggan saya tetap akan datang ke kedai kami kerana kami sentiasa menjaga kebersihan,” katanya.
Semalam, seorang pemilik akaun Facebook mendapat perhatian selepas memuat turun gambar ‘Coconut Shake Oreo’ bersama seekor katak di atas meja.
Gambar tersebut dikongsi ke sebuah kumpulan terkenal di laman berkenaan dan memiliki 244,108 pengikut majoriti rakyat di negeri ini.
Perkongsian turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Sumber: Sinar Harian
Mohd Khairi Mohamad Sidik, 48, berkata, kejadian itu disedari pada jam 4 petang apabila salah seorang pelanggan lelaki yang makan di kedainya memberitahu air yang dipesan mengandungi amfibia tersebut.
Katanya, dia turut terkejut melihat katak yang dibasahi air Coconut Shake berada di atas meja di hadapan pelanggan itu dan segera meminta maaf kepada lelaki tersebut.
“Saya pun tidak pasti bagaimana seekor katak boleh berada atau masuk ke dalam air minuman tersebut kerana saya dan pekerja sentiasa memastikan kebersihan makanan dan minuman yang dihidangkan kepada pelanggan di kedai kami.
“Segala kelengkapan membuat air termasuk mesin pengisar dan ais krim sentiasa tertutup rapat dan jika benarlah katak itu masuk ketika kami membuat air, pastinya katak itu hancur kerana terkisar bersama-sama air kelapa,” katanya.
Dakwa pelanggan katak dibawa keluar dari air minumannya. |