PEKAN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menyampaikan sumbangan peribadi kepada Mohd Rasid Mohd Daud, bapa kepada tiga beradik yang ditemukan mati lemas dalam parit berhampiran rumah mereka di Kampung Permatang Jerek, Merchong Nenasi, di sini, 5 Disember lalu.
Najib yang menyampaikan sumbangan itu di perkarangan Balai Bomba dan Penyelamat Nenasi di sini, turut mengucapkan takziah dan memberi kata-kata semangat kepada Mohd Rasid, 49, yang masih trauma dan sedih dengan kejadian itu.
Pada pertemuan singkat itu, Mohd Rasid yang mengenakan kemeja-t berwarna biru dan berseluar jeans mengucapkan terima kasih atas sumbangan itu.
Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Merchong, Ismail Kasim yang menemani Mohd Rasid berkata pesawah itu masih trauma dan bersedih dengan kematian tiga anaknya, yang ditemukan dalam parit hanya 300 meter dari rumahnya.
Menurutnya isteri Mohd Rasid, Mardiah Zakaria tidak dapat hadir kerana sakit sejak sebelum kejadian itu lagi.
Pada 5 Disember lalu, tiga beradik Nor Aleeza Marliyana, 12, Mohamad Firdaus, 11, dan Nor Alia Mardiana, 7, ditemukan mati lemas selepas dikatakan keluar untuk memancing di parit yang mempunyai kedalaman kira-kira enam kaki.
Dengan kehilangan tiga anak itu, Mohd Rasid dan Mardiah hanya tinggal seorang cahaya mata iaitu Suraya, 3.
Selepas itu, Najib melawat Bidah Hamid, 78, yang lumpuh sejak lima tahun lepas, di rumah warga emas itu di Kampung Sepauk di Nenasi Darat dekat sini.
Bidah yang tidak dapat berjalan selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada bahagian ovarinya, begitu terharu dengan keprihatinan perdana menteri menjenguknya walaupun sibuk dengan tugasan sebagai pemimpin nombor satu negara.
“Saya tidak tahu hendak cakap apa.. .saya terharu, sedih dan suka perdana menteri sudi datang menziarahi saya. Saya mengucapkan terima kasih kepada beliau,” katanya yang turut menerima sumbangan peribadi daripada Najib.
Bidah berkata beliau mengenali perdana menteri yang juga anggota Parlimen Pekan sudah lama berikutan arwah suaminya Wok Jusoh yang meninggal dunia pada 2008, dahulunya bergiat aktif dalam politik untuk UMNO Cawangan Nenasi.
“Bagi saya Najib seorang yang baik dan selalu ingat dekat penduduk kampung di Nenasi ni. Beliau kerap balik melawat kawasan sini, dulu-dulu, sini kampung beliau juga.
“Saya pernah bersalaman dengan perdana menteri suatu ketika dahulu ketika beliau datang memberikan pokok mangga kepada penduduk kampung untuk ditanam dan saya sendiri turut mendapatnya, tetapi sekarang pokok itu sudah mati,” katanya sambil ketawa kecil.
Anak perempuan Bidah, Rosnani, 49, berkata dia tidak bekerja dan tinggal bersama-sama bagi memudahkannya menguruskan segala keperluan ibunya itu.
“Ibu saya sebelum ini sihat walaupun terpaksa berjalan menggunakan tongkat namun selepas buat pembedahan buang ketumbuhan pada ovarinya… terus tidak boleh berjalan sampai sekarang,” katanya. – BERNAMA