ALOR SETAR - Pertandingan 3 penjuru di antara Barisan Nasional, PAS dan Parti Amanah Negara (PAN) berkemungkinan besar tidak dapat dielakkan lagi dalam perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.
Pertandingan 3 penjuru itu dijangka berlaku ekoran pendirian PAS Kedah yang sebelum ini berikrar untuk kekal bertanding di semua kerusi yang ditandingi parti itu pada PRU ke-13 yang lalu.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi dalam kenyataan sebelum ini menegaskan perkara berkenaan dan senada dengan pendirian PAS Pusat untuk tidak memberikan sebuah kerusi pun kepada PAN.
"Dalam konteks Kedah, PAS tegas mempertahankan jumlah kerusi yang dipertandingkan pada PRU-13," tegas beliau dalam satu kenyataan kepada Kedahnews.com, sebelum ini.
PAS yang sebelum ini bertanding di 24 kerusi Dun dari jumlah keseluruhan 36 Dun di Kedah hanya 'melepaskan' 12 baki kerusi Dun kepada PKR (10 kerusi Dun) dan DAP (2 kerusi Dun) untuk ditandingi pada PRU ke-13 yang lalu.
DAP Kedah dalam kenyataannya sebelum ini menegaskan pendirian mereka untuk kekal bertanding di 2 Dun berkenaan, Derga dan Kota Darul Aman, pada PRU ke-14 nanti.
Ia bermaksud bahawa PKR, PAN dan parti terbaru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) perlu "bergasak" sesama mereka untuk merebut 10 kerusi Dun Kedah yang sebelum ini ditandingi oleh PKR.
10 Dun yang ditandingi PKR sebelum ini ialah Kuah, Bukit Kayu Hitam, Pedu, Bakar Bata, Gurun, Bukit Selambau, Bakar Arang, Sidam, Lunas dan Kulim, namun hanya menguasai 4 dari Dun yang mereka tandingi.
Sementara itu, turut dijangka berlaku pertandingan 3 penjuru melibatkan BN, PAS dan PPBM sekiranya tidak wujud kerjasama di antara PAS dan PPBM untuk mengelak pertembungan 3 penjuru sesama parti pembangkang.
Ia adalah disebabkan oleh jangkaan bahawa PPBM akan cuba mengekalkan kerusi Dun Ayer Hitam yang dimenanginya atas tiket BN sebelum ini yang bertanding satu lawan satu dengan PAS pada PRU ke-13 yang lalu.
Sekiranya PAS mengotakan janji pada penyokong partinya untuk kekal bertanding di Dun Ayer Hitam, maka berkemungkinan besar berlaku pertandingan 3 penjuru antara BN, PAS dan PPBM di sana.
Selain itu, PAS juga dijangka bakal berdepan dengan PAN dan BN di beberapa Dun lain seperti Alor Mengkudu dan Pengkalan Kundor yang dilihat sinonim dengan Pengerusi PAN Kedah, Dato' Dr Ismail Salleh dan Timbalannya, Dato' Phahrolrazi Zawawi.
Walau bagaimanapun, resolusi kerjasama di antara Pakatan Harapan dengan PPBM yang termetri baru-baru ini berikrar untuk tidak bertanding 3 penjuru sesama mereka di sesebuah Dun atau Parlimen pada PRU ke-14 ini.
Namun PAS dalam kenyataannya tidak menolak dan bersedia untuk bertanding 3 penjuru dengan mana-mana parti dari Pakatan Harapan dan PPBM sekiranya tidak dapat dielak nanti. - Kedahnews.com