Masrah menunjukkan keadaan tangan Harun. |
ALOR SETAR - Seorang pesara bomba hilang upaya tangan kanannya selepas dipatuk ular tedung selar dalam satu sesi demonstrasi di Lumut pada April tahun lepas.
Harun Hasan, 56, berkata, dia yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang dipatuk seekor ular ketika mengadakan demonstrasi.
“Secara tiba-tiba, seekor ular dianggarkan sepanjang 2.5 meter menyerang dan mematuk tangan kanan. Kemungkinannya, ular separuh jinak itu bertindak agresif disebabkan lapar.
“Sebaik dipatuk, saya rasa bisa meresap ke dalam badan. Bagaimanapun, saya dengan tenang menghisap luka untuk membuang bisa sebelum menghisap tangan,” katanya.
Kata Harun, dia dikejarkan ke Hospital Angkatan Tentera dalam Pangkalan TLDM sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk mendapatkan bekalan ubat anti-venom ular tedung selar.
Menurutnya, dia difahamkan selepas itu, tidak sedarkan diri dan koma di Hospital Raja Permaisuri Bainun selama dua minggu manakala di Hospital Kulim lagi dua minggu.
Akibat patukan itu, kata Harun, tangan kanannya tidak sekuat dahulu malah dia tidak dapat pegang sesuatu benda dengan kemas.
Menurutnya, dia bagaimanapun bersyukur memandangkan masih dipanjangkan umur, sekali gus menasihatkan individu yang dipatuk ular tidak cepat panik bagi mencegah bisa sampai ke jantung.
Isterinya, Masrah Ayob, 47, berkata, suaminya terpaksa menjalani tiga pembedahan akibat dipatuk ular tedung selar dan dia mengambil tempoh hampir setahun untuk pulih.
“Ketika dalam rawatan, kak hanya reda kerana keadaan suami dilihat tidak pulih, begitu juga lukanya yang dilihat makin hitam dari sehari ke sehari sehingga terpaksa diambil kulit betis untuk ditampal pada tangannya,” katanya.
Bagaimanapun, Harun kini sudah pulih sepenuhnya dan memilih bersara secara pilihan disebabkan faktor kesihatan berikutan keadaan tangan kanannya tersebut.
Terdahulu, Harun menerima cek dari Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia (KPBPSM) Cawangan Kedah disampaikan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Ahmad Shahabuddin.
Beliau berkata, pihak mereka bersimpati atas nasib Harun yang mengalami kecederaan hingga mengambil masa lama untuk pulih selepas dipatuk ular tedung selar pada tahun lalu.
Untuk itu, Ahmad berkata, Harun yang merupakan ahli kesatuan berkenaan diberikan cek bernilai RM21,438.49 untuk kegunaannya samada dari segi perubatan ataupun perkara lain.
Menurutnya, Harun yang merupakan jurulatih berkaitan haiwan berbisa itu, kini menerima wang pencen selepas bersara atas faktor kesihatan, selain sumbangan lain diberikan mereka.
Sumber: Sinar Harian