JAKARTA – Polis Indonesia menahan beberapa individu terkenal termasuk Rachmawati Soekarnoputri, adik bekas presiden Megawati Soekarnoputri, dan artis popular Ahmad Dhani.
Mereka ditangkap pihak berkuasa republik tersebut atas tuduhan cuba menimbulkan kekacauan politik menjelang perhimpunan ‘Aksi Damai 2 Disember’ atau disebut juga ‘212’ di ibu kota Indonesia itu pada Jumaat.
Peguam Rachmawati, Aldwin Rahardian dipetik oleh media dalam talian sebagai berkata bahawa anak presiden pertama Indonesia, Soekarno itu ditahan pasukan polis di kediamannya di sini pada awal pagi semalam.
Ahmad Dhani, yang juga calon Pilihan Raya Peringkat Daerah atau Pilkada bagi jawatan Bupati (pegawai daerah) bagi kawasan Bekasi, pula ditahan ketika sedang bersiap untuk pergi menyertai perhimpunan tersebut.
Beberapa aktivis masyarakat termasuk Ratna Sarumpaet dan Kivlan Zen turut ditahan di Markas Polis Pasukan Khas Bergerak (Brigade Brimbom) bagi membantu siasatan mengenai cubaan menimbulkan kekacauan politik.
Setakat ini polis masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai penangkapan berkenaan. Puluhan ribu umat Islam membanjiri sekitar ibu kota Indonesia seawal 5 pagi bagi menyertai perhimpunan ‘212’ tersebut.
Ia bertujuan bagi menggesa pihak berkuasa segera menahan penyandang Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama yang turut dikenali sebagai Ahok dan sedang menghadapi tuduhan menista agama Islam di mahkamah.
Orang ramai termasuk wanita dan golongan remaja mula berkumpul setelah solat subuh di Masjid Istiqlal sebelum bergerak menuju ke perkarangan Monumen Nasional (Monas) bagi mendengar ceramah, berzikir dan berdoa.
Baca: Kecoh Jokowi Berhujan Solat Jumaat Di Monas Elak Rusuhan
Mereka kemudian menunaikan solat Jumaat di perkarangan tugu negara itu yang juga disertai Presiden Indonesia, Joko Widodo dan barisan jemaah Menteri selain pegawai tertinggi pasukan polis dan tentera beragama Islam.
Perhimpunan tersebut susulan demonstrasi 4 November lepas bagi mendesak pihak berkuasa menangkap Ahok, seorang etnik Cina beragama Kristian ekoran ucapan kontroversinya di Pulau Seribu pada dua bulan lepas.
Dalam ucapan bertemu pengundi itu, Ahok menyeru umat Islam supaya tidak terpedaya dengan pihak tertentu menggunakan surah Al Maidah yang meminta mereka tidak memilih golongan bukan Islam menjadi pemimpin.
Ahok adalah satu-satunya calon bukan beragama Islam, dicabar dua lagi calon lain iaitu Anies Baswedan dan Agus Harimurti Yudhoyono bagi merebut jawatan Gabenor Jakarta dalam Pilkada pada Februari tahun depan.
Kenyataan Ahok itu menimbulkan kemarahan umat Islam dan polis bakal mendakwa Ahok di mahkamah atas kesalahan mengikut undang-undang penistaan agama yang memperuntukkan hukuman penjara enam tahun.
Pada perhimpunan kali ini, pasukan keselamatan yang mengawal keadaan turut menyertai perhimpunan itu dengan berzikir sebagai menghormati kehadiran secara mengejut presiden yang mesra disapa sebagai Bapak Jokowi.
Ketua Polis Negara, Jeneral Tito Karnavian turut berucap dan menggesa agar umat Islam bersabar kerana polis sudah melengkapkan siasatan untuk membawa Ahok ke mahkamah dan dibicarakan. – Agensi