Polis Sahkan Video Kanak-Kanak Putus Kemaluan Adalah Benar

Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR – Seorang budak lelaki menderita kesakitan apabila doktor ‘terlebih potong’ ketika berkhatan di sebuah klinik di Cheras, Selasa lalu.

Kanak-kanak berusia 10 tahun itu dikatakan menggunakan kaedah laser yang dipercayai dilakukan oleh seorang doktor berpengalaman berusia lewat 40 an pada 8.20 malam.

Difahamkan, berlaku komplikasi ketika proses berkhatan diadakan apabila doktor tidak sengaja terlebih potong sehingga ke bahagian kepala kemaluan kanak-kanak tersebut.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi melakukan penyambungan bahagian kemaluan yang terputus itu.

Kanak-kanak malang tersebut kini dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan.

Keluarga mangsa membuat laporan polis di Pondok Polis HKL atas saranan pihak hospital kerana dipercayai terdapat unsur kecuaian.

Bagaimanapun, doktor berkenaan turut membuat laporan di Balai Polis Batu 9 dan mengaku terlebih potong kemaluan mangsa secara tidak sengaja.

Difahamkan, semakan mendapati klinik itu masih belum didaftarkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana tidak memiliki borang B atau sijil kebenaran dari KKM untuk membuka klinik.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan mengesahkan kejadian tersebut dan beberapa saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kejadian.

“Setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan kerana perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain dan jika didapati bersalah boleh dipenjara selama 2 tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali. -Kedahnews.com
Video di bawah tiada ken mengena dengan kes diatas: