PPBM Tidaklah Bersih Bagai Yang Disangka - Pemuda UMNO Kedah


ALOR SETAR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) walaupun diwarwarkan sebagai "bersih" dan kononnya lebih baik berbanding UMNO, namun sebenarnya tidaklah sebersih yang disangka ekoran terpalit dengan pelbagai kontroversi memalukan walaupun baru berusia setahun jagung.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Dato' Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, insiden terbaru membabitkan salah seorang pengasas PPBM, Anina Saaduddin,

"Belum pun setahun ditubuhkan, PPBM mula diselubungi masalah dan skandal yang mula menghakis keyakinan rakyat.

"Nyata PPBM tidak sebersih yang disangka dan Pemuda UMNO Kedah menggesa agar kepimpinan PPBM tidak seharusnya mendabik dada bahawa mereka lebih baik daripada UMNO," katanya menempelak parti terbaru serpihan UMNO itu.

Shaiful Hazizy berkata, tindakan PPBM menafikan kedudukan Anina dari jawatan Ketua Srikandi parti itu jelas menunjukkan mereka sedang cuba menyembunyikan "kekotoran" di dalam parti berkenaan meskipun belum terbukti wanita itu melakukan kesalahan.

Kata beliau, sekiranya PPBM mengiktiraf peranan Syed Sadiq Syed Abdul Rahman yang dilantik sebagai Ketua Armada, maka amat menghairankan jika Anina dinafikan jawatan Ketua Srikandi ekoran wanita itu jauh lebih menonjol sejak sebelum parti itu ditubuhkan.

Justeru itu, Ketua Pemuda UMNO Kedah itu menggesa supaya Presiden PPBM, Tan Sri Muhyddin Yassin dan Timbalannya, Dato' Seri Mukhriz Mahathir tampil mengeluarkan kenyataan menafikan skandal yang terpalit pada Anina.

"Pemuda UMNO Kedah juga menggesa agar Presiden dan Timbalan Presiden PPBM tampil mengeluarkan kenyataan menangkis skandal yg menyelubungi Ainina.

"Sebagai sebuah parti yang mengaku bersih dan telus, kedua-dua mereka seharusnya berani tampil dan buat penjelasan, dan bukan sekadar Setiausaha Agung yang bertindak menjadi "punching bag"," cabar beliau.

Tegas Shaiful Hazizy lagi, ekoran skandal dan tindakan membuta-tuli yang terhadap Anina itu, beliau menegaskan bahawa PPBM tidak layak untuk diberi mandat sebagai wakil rakyat di mana-mana Dun atau parlimen di negara ini. -Kedahnews.com