Gambar Nazer sedang merenung barang kemas menjadi viral dan dihina oleh segelintir netizen yang menganggapnya tidak layak memandang memandang produk mahal itu. - Ihsan Metro.uk |
RIYADH - Seorang tukang cuci tidak menyangka gambarnya sedang merenung barangan kemas di sebuah kedai emas di Arab Saudi, menjadi pembuka rezeki buatnya.
Segalanya bermula apabila gambar Nazer al-Islam Abdul Karim diambil oleh individu lain sebelum tersebar dalam media sosial dan gelagatnya dihina oleh segelintir neziten.
Malah ada netizen meletakkan kapsyen berbunyi, "Lelaki ini hanya layak melihat sampah", sekali gus membuatkan ramai pihak berang dengan kenyataan tersebut dan bertindak membantu lelaki berusia 65 tahun itu.
Nazer yang berasal dari Bangladesh dan bekerja sebagai tukang cuci di Arab Saudi, menerima banyak sokongan dan bantuan daripada netizen termasuk tindakan seorang aktivis kemanusiaan, Abdullah Al-Qahtani yang sanggup menjejaki lelaki tersebut.
Abdullah meminta bantuan pengikutnya dalam laman sosial Twitter untuk mencari Nazer dan akhirnya berjaya mencapai misi tersebut.
Ketika ditemui, Nazer mengakui dia tidak sedar gambarnya diambil ketika sedang merenung barangan kemas di kedai itu.
"Saya hanya menjalankan tugas sebagai tukang bersih sebelum berhenti di depan kedai itu.
"Saya rasa bersyukur atas bantuan orang ramai," katanya merujuk kepada pemberian emas dan wang daripada netizen yang prihatin terhadap dirinya.
Segalanya bermula apabila gambar Nazer al-Islam Abdul Karim diambil oleh individu lain sebelum tersebar dalam media sosial dan gelagatnya dihina oleh segelintir neziten.
Malah ada netizen meletakkan kapsyen berbunyi, "Lelaki ini hanya layak melihat sampah", sekali gus membuatkan ramai pihak berang dengan kenyataan tersebut dan bertindak membantu lelaki berusia 65 tahun itu.
Nazer yang berasal dari Bangladesh dan bekerja sebagai tukang cuci di Arab Saudi, menerima banyak sokongan dan bantuan daripada netizen termasuk tindakan seorang aktivis kemanusiaan, Abdullah Al-Qahtani yang sanggup menjejaki lelaki tersebut.
Abdullah meminta bantuan pengikutnya dalam laman sosial Twitter untuk mencari Nazer dan akhirnya berjaya mencapai misi tersebut.
Nazer menunjukkan emas pemberian pihak yang prihatin terhadap dirinya. - Ihsan Metro.uk |

Sumber: mStar