HATYAI - Seorang rakyat Malaysia cedera parah selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh lima kenderaan lain di pusat bandar Hatyai pada Khamis.
Penolong Ketua Polis Hatyai Lt Ranon Surawit berkata, kejadian yang berlaku pada 3 petang (waktu tempatan) itu turut menyebabkan empat lelaki dan seorang wanita rakyat tempatan cedera parah.
Rakyat Malaysia yang cedera parah itu katanya, dikenali sebagai Vincent Ooi,47, pemegang lesen memandu antarabangsa.
Saksi kejadian katanya melihat kereta terbabit dipandu dengan laju sebelum terbabas dan merempuh kenderaan serta gerai-gerai yang berada di sisi jalan raya itu.
Kesemua mangsa terlibat termasuk rakyat Malaysia itu telah dikejarkan ke Hospital Radyindee, Hospital Hatyai dan Hospital Universiti Songkhla Nakharin, menurutnya.
Polis masih menyiasat punca kejadian, kata Ranon. -Bernama