PETALING JAYA – Pengarah filem Syamsul Yusof sedar masih ada pihak yang tidak senang dan mempertikaikan tujuan penglibatannya dalam industri muzik tanah air sebagai penyanyi.
Syamsul, 31, berkata, dia sudah membuktikan karya nyanyiannya bukan sekadar syok sendiri malah mendapat tempat untuk bertanding di anugerah berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu 31 (AJL31).
“Saya tahu ada ramai yang tidak suka lagu Kalah Dalam Menang ini. Sebenarnya dah lama saya buat tapi saya terlalu fikir apa orang cakap membuatkan ia tertangguh.
“Saya bukan berada dalam industri muzik ini untuk syok sendiri, sebab itu saya cuba dulu kalau orang terima baru saya teruskan,” ujarnya.
Syamsul ditemui pada sidang media dan cabutan giliran persembahan untuk Anugerah Juara Lagu 31 yang diadakan di Wisma Bentley, di sini, Rabu.
Pelakon filem Desolasi ini meluahkan perasaan di laman Twitter tentang segelintir pihak yang masih tidak senang dengan kerjayanya dalam dunia seni.
Lagu nyanyiannya Kalah Dalam Menang bersama Mawi layak bertanding di AJL31 yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 22 Januari depan.
Tambah pengarah Munafik ini, dia tidak pernah mengambil peduli dan menjadikan kritikan itu sebagai pembakar semangat.
“Saya sebenarnya sudah lali dengan perkara ini, tidak suka dengan apa yang saya lakukan tapi saya malas nak ambil serius kerana perkara itu juga membakar semangat saya.
“Saya berlakon filem adik saya pun mereka marah inikan pula saya menyanyi, sudahlah dikutuk tagged nama saya pula di laman sosial itu.
“Saya anggap sahaja mereka yang kutuk-kutuk saya di laman sosial itu ada masalah dengan hidup mereka,” ujarnya.
Selain itu, Syamsul berkata, dia dalam perancangan untuk mengeluarkan single terbaharu pada tahun depan.
“Alhamdulillah, saya dalam perancangan untuk buat single solo tahun depan tapi belum tahu lagi identiti macam mana yang saya nak bawa.
“Ia macam filem juga, saya perlu cari kelainan yang tiada orang bawa,” ujarnya.
Sumber: mStar