ALOR SETAR - Seorang anggota polis wanita berumur 26 tahun direman tujuh hari bermula 12 hingga 18 Disember berhubung kes penyeludupan sepucuk pistol dan 30 butir peluru hidup di KM 9.7 Lebuhraya Utara-Selatan di Changlun dekat sini, pada malam Ahad lalu.
Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusof berkata, turut direman suami anggota polis wanita itu yang berumur 31 tahun dari Kamunting, Perak dan satu lagi pasangan suami isteri berumur 41 dan 35 tahun dari Selangor.
"Pihak polis akan menjalankan siasatan terperinci dari pelbagai sudut bagi mengenal pasti tujuan senjata api dan peluru tersebut dimilik, sama ada untuk melakukan jenayah di negara ini (atau tujuan lain)," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, semalam.
Katanya siasatan polis juga mendapati, dua daripada empat suspek juga positif dadah jenis methamphetamine iaitu suami kepada anggota polis wanita itu dan seorang lagi lelaki.
Asri berkata, keempat-empat suspek disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat 1972) dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960.
Katanya, bagi kesalahan pertama mereka berdepan hukuman penjara hingga tempoh 14 tahun dan sebat tidak kurang enam kali sebatan.
Bagi Sekyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 mereka boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Isnin lalu media melaporkan dua pasangan suami isteri berumur 26 hingga 41 tahun yang berkonvoi bersama ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Kedah dan Bukit Aman selepas menemui sepucuk pistol jenis Luger bersama tiga butir peluru hidup 9mm di dalam sebuah daripada kereta berkenaan.
Pistol dan peluru itu ditemui di dalam beg galas di bahagian belakang kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki anggota polis wanita itu dan suaminya.
Ekoran itu, pasangan suami isteri yang berkonvoi bersama suspek turut ditahan bagi membantu siasatan. - Bernama