"Shopping" Sakan Barang Sekolah Anak Di Kedai Barangan Terbuang…


SESI persekolahan 2017 akan bermula tidak lama lagi dan pastinya ibu bapa adalah golongan yang paling sibuk melakukan persiapan untuk anak-anak mereka.

Namun di sebalik kegembiraan anak-anak mendapat kelengkapan sekolah baru, masih ada golongan ibu bapa yang mengeluh berhabisan sehingga RM300 untuk seorang anak.

Menerusi laman Facebook, satu kisah yang menceritakan bagaimana sebuah keluarga ‘shopping‘ sakan kelengkapan sekolah anak mereka benar-benar membuatkan hati kami menjadi sayu.

Mereka bukanlah beli-belah di pasar raya besar atau di gedung pakaian ternama, tetapi hanya di sebuah kedai barangan lusuh yang kebanyakannya adalah barangan sudah dibuang atau dikutip dari tempat longgokan sampah.


Diceritakan oleh saudara Shuhaimi Zulkefli, ikuti kisah lelaki ini yang terjumpa dengan sebuah keluarga di kedai barangan lusuh berkenaan; - Kedahnews.com
‘Shopping’ Barang Sekolah Di Kedai Barangan Terbuang...

“Semalam pergi kedai barang lusuh kat Taman Medan. Kedai pilihan aku beli barang kitar semula dari tempat buang sampah untuk project DIY aku…

“Tengah dok cari barang, masuk satu famili suami isteri awal 30-an bersama dua anak dia… Sebelah aku, si kakak sulung (7 tahun camtu) dok belek botol air terpakai pelbagai jenis.

“Seronok ja dia ‘bershopping’ aku tengok. Siap cuba galas kat bahu macam-macam jenis botol air kotor tu. Tersenyum sesorang tengok cermin buruk.

“Si kakak tunjuk kat abah dia tunggu kat luar sambil dukung baby, aku pikir mesti abah dia marah, takkan nak beli botol air terpakai dari tempat pembuangan sampah kot?

“Tapi abah dia senyum balik, siap pilih untuk kakak. tetiba si emak bertudung, datang dari sudut lain, tunjuk satu beg sekolah lusuh berselut, tanya suami, masih cantik ke idak beg nie, bang?

“Si emak bagi kakak try galas ke belakang. Akhirnya, ceria wajah kakak, dah siap nak masuk sekolah baru. yey! Alamak. Ini sebak nie.

“Aku keluar dari kedai barang lusuh tu. tak tahan tengok drama realiti ni lagi. Dalam keluarga lain dok sibuk buat persiapan anak menjelang buka sekolah baru, ada masih hidup sederhana dan masih bersyukur…tetap bahagia.

“Semoga Allah merahmati keluarga ini, murahkan rezekinya, bahagiakan mereka. Amin.

“Isteri aku menitis air mata bila aku tunjuk keluarga itu sedang sibuk ‘bershopping’ lagi…”