Gambar Hiasan |
ALOR SETAR - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah mengesan sebilangan ibu bapa membawa anak kecil meminta sedekah di sekitar Bandaraya Alor Setar bagi meraih simpati.
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar, Syahrul Nasir Mat Rais berkata, modus operandi itu digunakan bagi mempengaruhi orang awam.
“Bila bawa anak kecil, orang ramai menghulurkan wang sebab kasihan melihat kanak-kanak itu dalam keadaan tidak terurus.
“Ada juga sanggup datang dari daerah lain seperti Baling dan Padang Terap sambil bawa anak mereka memandangkan tak ramai orang kenal,” katanya ketika mengulas kehadiran pengemis di Bandaraya Alor Setar.
Menurut Syahrul Nasir, pengemis dari Alor Setar dipercayai turut menggunakan taktik sama apabila bergerak ke daerah lain bagi mengaburi mata masyarakat.
Justeru, kata Syahrul Nasir, pihaknya akan memberi nasihat jika mendapati mereka bawa anak semata-mata untuk meminta sedekah.
Tambahnya, penerima bantuan JKM dikesan melakukan perbuatan itu berulang kali akan ditarik bantuan bulanan.
“Biasa kita akan lepaskan mereka yang dikesan pertama kali melakukan perbuatan itu. Bagaimanapun, bantuan akan ditarik jika individu terbabit didapati melakukan kesalahan sama kali kedua dan masih berdegil untuk meneruskan aktiviti itu," katanya.
Syahrul Nasir berkata, pihaknya turut memantau masalah pengemis secara berterusan melalui kempen anti pengemisan, Bijak Membantu Elak Tertipu untuk memberi kesedaran kepada masyarakat agar memberi sumbangan ataupun derma melalui saluran betul.
"Sikap murah hati tidak bertempat dikhuatiri menggalakkan pengemis untuk terus meminta sedekah," katanya.
Sumber: Sinar Harian