KUALA LUMPUR - Siasatan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berikutan laporan berita mengenai kehilangan simpanan pesara perkhidmatan awam, mendapati wang itu dikeluarkan pada 1990 dan 1993.
KWSP dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata, berikutan laporan sebuah akhbar harian Melayu yang melaporkan dakwaan pesara kerajaan mengenai kehilangan simpanan KWSP beliau, ia telah memulakan siasatan segera ke atas perkara itu.
Menurutnya, ini termasuk melawat pesara berkenaan di kediaman beliau dan mendapatkan cap jari untuk pengesahan.
"Berdasarkan siasatan dalaman kami, kami boleh mengesahkan cap jarinya sama dengan rekod pendaftaran ahli KWSP serta borang permohonan pengeluaran KWSP," katanya.
Selain itu, KWSP berkata, ia telah mengesahkan yang cap jari ahli itu sama dengan cap jari pada cek yang ditunaikan untuk pembayaran pengeluaran pada 1990 dan 1993 berjumlah RM8,199.71.
"Kami ingin memberi jaminan kepada ahli KWSP iaitu adalah menjadi tanggungjawab teras kami untuk melindungi simpanan persaraan ahli," katanya.
Menurutnya, semua ahli digalakkan untuk menyemak dengan cawangan KWSP terdekat jika mereka mempunyai sebarang pertanyaan mengenai butiran akaun mereka.
"Ahli juga perlu mendaftar untuk i-Akaun agar mereka boleh mengetahui perkembangan akaun KWSP mereka dengan mudah," tambahnya. - Bernama