SINTOK - Umno sama sekali tidak akan tergugat dengan helah pembangkang melalui penyebaran surat layang yang cuba melagakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tersebar luas di media sosial.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, ini kerana parti itu sebelum ini sudah pun berhadapan dengan pelbagai tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh parti pembangkang namun masih kekal utuh sehingga kini.
"Saya berdoa agar orang yang membuat fitnah tersebut cepat-cepat bertaubat. Semoga ALLAH mengampuni dosa mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar 'Akta Majlis Keselamatan Negara Ke Arah Keharmonian Sejagat' di sini, semalam.
Sejak dua hari lepas, tersebar secara meluas surat palsu kononnya ditulis timbalan perdana menteri dan antara kandungannya ialah desakan agar Najib berundur daripada kerajaan, selain tuntutan agar beliau segera melepaskan jawatan perdana menteri.
Bagaimanapun, surat tersebut jelas meragukan kerana wujud pelbagai kesalahan termasuk dalam aspek format, kepala surat, kesilapan jawatan dan nama-nama pemimpin yang dinyatakan.
Shahidan berkata, Umno sendiri tidak pernah membuat fitnah dengan mengada-adakan sesuatu cerita yang tidak wujud mengenai parti pembangkang kerana tahu perkara tersebut adalah satu tindakan politik tidak matang.
"Kami (kerajaan) tidak pernah dan tidak sama sekali membuat fitnah seperti itu, tapi pembangkang, itu memang kerja mereka sejak dahulu lagi," katanya.
Justeru, beliau meminta meminta semua pihak supaya tidak percaya dengan surat tersebut. - Bernama