PETALING JAYA - Presiden Parti Pribumi Bersatu (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tidak ada guna mengadakan kerjasama sekiranya parti itu tidak diberikan kerusi untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, PPBM sebagai parti baharu seharusnya diberikan ruang tanpa dilihat sebagai parti yang hanya memberi sokongan kepada Pakatan Harapan semata-mata, sedangkan boleh membantu memenangi kerusi.
"Sebagai parti baharu kita mengingatkan diri kita, kita belum ada kerusi lagi, kita minta kawan-kawan kiri dan kanan menimbangkan ruang.
"Kalau tidak... tidak ke mana muafakat kita ini kalau hanya membantu daripada sokongan moral.... (tetapi) tidak memberi bantuan dari segi kawasan-kawasan yang kita boleh menangi," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis memeterai perjanjian kerjasama politik antara PPBM dan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Muhyiddin mengulas ketika ditanya mengenai kerjasama pada Selasa tidak mengulangi isu perebutan kerusi pada Pilihan Raya Sarawak yang lalu.
Perjanjian bagi pihak PPBM dipersetujui oleh Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bersama Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Sumber: mStar