Hashim mendakwa sebahagian dinding rumahnya yang semakin retak akibat berlaku mendapan tanah yang berpunca daripada banjir kilat. |
KULIM - Beberapa penduduk di Kampung Seberang Pondok Labu, di sini gusar dengan kejadian banjir kilat yang semakin buruk melanda di kawasan itu saban tahun.
Pesara tentera, Hashim Sarif, 53, berkata, masalah banjir kilat, di sini telah berlaku sejak empat tahun lalu namun ia bertambah buruk kebelakangan ini.
"Mula-mula sikit saja, tapi makin lama makin teruk. Kawasan yang tak naik air kini dah mulai dinaiki air walaupun kami dah ambil langkah bina tembok guna bata," katanya.
Menurutnya, kejadian banjir kilat yang melanda beberapa rumah penduduk terutama di kawasan rendah ini dipercayai berpunca dari air parit di kawasan ladang kelapa sawit berdekatan.
"Dulu parit dekat ladang itu tak ada masalah, tapi lepas kerja mengorek dan dalamkan rumah penduduk di kawasan rendah sering dilanda banjir kilat.
"Kalau hujan dua hingga tiga jam mesti rumah kami banjir. Habis rosak harta benda dan terpaksa tanggung rugi," katanya.
Hashim berkata, rumahnya juga mengalami keretakan akibat mendapan tanah yang berlaku dan bimbang ia akan runtuh sekiranya perkara ini terus berlaku.
"Sekarang dinding rumah habis retak. Makin lama tak mustahil akan runtuh pula," katanya.
Tambahnya, pelbagai aduan sudah dibuat kepada pihak berwajib supaya mengambil tindakan segera termasuk mewujudkan parit untuk mengalirkan air terus ke dalam sungai.
"Dah banyak kali saya buat aduan dan memohon parit dikorek di sini untuk laluan air terutama ketika musim hujan, tapi tak ada sebarang tindakan dibuat," katanya.
Manakala pemandu van pekerja, Ismail Mohd Yaakob, 53, berkata, mereka sudah puas bersabar menghadapi masalah itu namun ia semakin buruk.
“Dulu bolehlah lagi bersabar, tapi makin hari makin teruk kami dah tak larat nak sabar. Bila buat aduan pihak terbabit cakap tak ada peruntukan.
“Takkan nak tunggu rumah runtuh baru nak ambil tindakan. Tolonglah bantu dan selesaikan segera,” katanya.
Sumber: Sinar Harian