ALOR SETAR - Kewujudan semakin banyak premis hiburan yang digunakan para penagih atau pengedar dadah untuk membekalkan bahan terlarang itu kepada pelanggan semakin membimbangkan, terutamanya menjelang sambutan tahun baharu kerana menyasarkan golongan remaja, khususnya pelajar sekolah.
Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff berkata melalui formula 'satu penagih dadah mencari empat mangsa/pelanggan', penagih atau pengedar semakin berani dengan memasukkan dadah ke dalam botol minuman seperti Coca Cola atau Ribena atau di dalam rokok.
"Bekalan dadah ini berkategori, macam kedai runcit, contohnya kalau nak eramin, ectasy semua ada, ikut pelanggan. Sesiapa yang jenis berhibur dan ikut kawan yang ambil dadah, sudah pasti mereka boleh jadi penagih dadah dalam masa yang singkat.
"Biasalah kalau sambutan tahun baharu premis hiburan akan jadi tumpuan dan di sinilah para penagih atau pengedar dadah menjalankan aktiviti mereka," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini semalam.
Justeru beliau menasihati ibu bapa agar memberi perhatian serius terhadap pergerakan anak-anak mereka sama ada di sekolah atau pun di pusat hiburan agar tidak terbabit dalam kegiatan tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, Asri berkata pihaknya telah membuat serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Tembaga, Seberang Jalan Putra dekat sini semalam dan menjalankan ujian saringan air kencing ke atas 115 pengunjung lelaki serta 56 wanita yang sedang leka meraikan ulang tahun penubuhan premis terbabit.
Serbuan pada jam 1 pagi itu (25 Disember) membawa kepada penahanan 18 lelaki dan empat wanita berumur antara 18 hingga 57 tahun yang didapati positif dadah.
Beliau berkata hasil pemeriksaan, polis menjumpai empat paket plastik mengandungi dadah jenis ketamin, satu paket plastik mengandungi 85 biji pil Eramin 5, satu paket plastik dadah jenis Ecstasy dan satu botol Coca Cola 390 mililiter disyaki mengandungi cecair dadah.
Turut ditemui lima bungkusan plastik mengandungi lima batang rokok yang dipercayai mengandungi bahan dadah dan satu botol mengandungi dadah jenis ketamin.
Asri berkata seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun yang juga pengurus premis tersebut direman selama tiga hari bermula kelmarin untuk siasatan lanjut manakala 22 pengunjung yang ditahan dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu laporan urin daripada Jabatan Patologi.
"Polis akan jalankan siasatan ke atas pemilik premis yang membenarkan premis digunakan untuk tujuan menghisap, atau dengan kaedah lain, menggunakan sebarang dadah berbahaya," katanya.
Beliau berkata keseluruhan rampasan dadah bernilai RM6,000 dan polis tidak menolak kemungkinan bekalan dadah yang terdapat di negeri ini diperoleh dari Pulau Pinang.
Kes disiasat mengikut Seksyen 13(C) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali. – Bernama