Tasik Titiwangsa Ditutup Dari Jan 2017 Hingga Dis 2018


KUALA LUMPUR – Keseluruhan Taman Tasik Titiwangsa di sini akan ditutup kepada orang awam bagi semua bentuk aktiviti bermula Januari 2017 hingga Disember 2018.

Menurut kenyataan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini, ia bagi memberi laluan kepada pelaksanaan projek ‘River of Life’ melibatkan keseluruhan taman itu.

“Kerja naik taraf di taman ini adalah bagi kemudahan dan keselesaan pengunjung di masa hadapan,” jelas kenyataan itu.

DBKL berkata kontraktor yang dilantik akan memulakan kerja pemasangan ‘hoarding’ pada Januari.

“Orang awam dinasihatkan tidak mengunjungi taman tasik atas faktor keselamatan sepanjang tempoh penutupan,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA