Ismail menadah botol bagi memastikan air nira tidak tumpah. |
YAN - Pelancong tempatan mahu pun pelancong asing kini boleh merasai pengalaman unik menikmati kesegaran air nira asli yang hanya terdapat di ladang nipah di Kuala Sedaka, di sini.
Pemilik, Ismail Che Kar, 49, yang sudah 25 tahun mengusahakan ladang berkenaan berkata, dia menyediakan tempat santai untuk pengunjung menikmati air berkenaan di halaman rumahnya berlatar belakangkan pohonan nipah.
Menurutnya, air nira itu mampu menyegarkan badan dan menambah tenaga untuk menjalani rutin harian.
“Air nira menjadi minuman harian saya sejak berusia enam tahun lagi.
"Jika sehari tidak minum saya seakan rasa tidak puas dan tidak pernah jemu minum air nira,” katanya.
Ismail berkata, daerah Yan amat sesuai untuk tanaman pokok nipah memandangkan keadaan tanahnya yang berpaya dan terletak berhampiran laut menyebabkan tanaman ini hidup subur.
“Tidak hairanlah kebanyakan penduduk di sini menanam pokok nipah di halaman rumah masing-masing,” katanya.
Komersialkan ladang nipah
Bagi mempromosikan minuman kegemarannya itu, dia bersama isterinya, Rohani Ali, 48, berhasrat menaik taraf ladang berkenaan dengan mencantikkan kawasan ladang yang berpaya kepada sebuah taman yang indah.
“Kebiasaannya orang anggap ladang nipah sebagai kawasan berpaya dan penuh semak, namun kami cuba buat kelainan dengan menambak kawasan paya ini dengan tanah dan pasir menjadi kawasan yang rata dan kering,” katanya.
Katanya, untuk mengindahkan persekitaran pelbagai jenis tanaman hiasan ditanam selain menyediakan beberapa meja makan.
“Saya bersyukur sejak dibuka pada tahun 2009, sambutan daripada orang ramai amat menggalakkan sehingga tidak menang tangan melayan pengunjung dari pelusuk negeri.
"Pengunjung bukan sahaja boleh menikmati nira, malah dapat merasai keenakan laksa Kedah, hasil air tangan isteri,” katanya.
Pelancong asing rasai keenakan air nipah
Sementara itu, Rohani berkata, persiapan memasak laksa dan bihun goreng dilakukan seawal 9 pagi sebelum memulakan perniagaan sekitar 11.30 pagi.
“Ladang ini hanya mampu menampung seramai 100 pelanggan pada satu masa, namun mereka sanggup menunggu giliran jika tempat duduk penuh terutamanya pelanggan yang datang secara berkumpulan,” katanya.
Menurutnya, jumlah pengunjung bertambah setiap kali cuti hujung minggu atau cuti umum.
"Lebih 200 bungkus air nira disediakan untuk memenuhi permintaan pelanggan dan bekalan turut diambil daripada jiran terdekat.
“Kaedah ini bukan sahaja menguntungkan malah memberi sumber pendapatan kepada jiran yang turut mempunyai ladang nipah sendiri,” katanya.
Katanya, ladang nipah miliknya itu turut dikunjungi pelancong dari luar negara antaranya, Kanada dan Indonesia bagi merasai kesegaran air nira yang dihasilkan.
“Kami mampu jana pendapatan hingga RM1,000 setiap hari, saya harap suatu hari nanti dapat memperluaskan lagi ladang nipah ini,” katanya.
Tambahnya, terdapat hampir 300 pokok ditanam di ladang ini, iaitu spesies nipah sawa besar dan nipah padi.
Sumber: Sinar Harian