PENUMPANG AirAsia AK12 pagi semalam berhadapan detik cemas apabila dua tayar pesawat itu pecah ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), di Sepang.
Pesawat berkenaan yang melakukan pendaratan di Landasan 33 kira-kira jam 6 pagi dikatakan baharu tiba dari Chennai, India.
Insiden tersebut turut telah disahkan pihak AirAsia menerusi laman rasmi Twitternya, semalam.
“Semua penumpang dan anak kapal selamat, serta sudah dikeluarkan dari pesawat berkenaan.
“Kami memohon maaf di atas kejadian itu, dan ketidakselesaan yang dialami oleh semua tetamu kami,” tulis kenyataan tersebut. –Kedahnews.com