Alwalik (kanan) bimbang kambingnya yang lain menjadi mangsa khinzir. |
BALING – Haiwan ternakan penduduk di Kampung Tok Wi dan Kampung Siputeh, di sini, sering diancam dengan serangan khinzir sejak awal tahun ini.
Wakil penduduk, Alwalik Md Noh, 46, berkata, pelbagai usaha dilakukan bagi mengusir kehadiran khinzir tersebut, namun tidak berjaya.
“Khinzir ini menjadi semakin agresif sejak akhir-akhir ini. Sudah empat ekor kambing saya yang baru dilahirkan menjadi mangsanya.
“Bukan setakat kambing, anak dan ibu ayam di kampung ini juga semakin hari semakin berkurangan akibat dimakan khinzir itu,” katanya.
Menurutnya, usaha kerjasama dengan penduduk dari kampung lain bagi memburu binatang itu telah dibuat bagaimanapun tidak berhasil.
Penduduk Kampung Tok Wi, Zaleha Awang, 45, yang memiliki lebih 3,000 anak pokok pisang mengalami kerugian besar apabila hasil tanamannya musnah dirosakkan khinzir berkenaan.
“Saya tak tahu nak buat macam mana lagi, baki yang tinggal sekarang pun belum tentu boleh membuahkan hasil sebab bila-bila masa saja binatang itu boleh muncul.
“Lebih membimbangkan keselamatan kanak-kanak yang bermain setiap petang di kawasan ini sebab mereka boleh terdedah dengan ancaman khinzir itu sekiranya ia bertindak ganas,” katanya.
Sementara itu, penduduk Kampung Siputeh, Nor Aliza Ibrahim, 27, mendakwa aktiviti pembalakan di kawasan berdekatan disyaki menjadi punca kepada kehadiran binatang tersebut.
“Kawasan habitat asalnya telah musnah sebab sebelum ini tidak pernah kami diganggu binatang berkenaan.
“Sekarang ini kami nak keluar rumah pun takut sebab khinzir itu sering berkeliaran di sekitar rumah,” katanya.
Ujarnya, pihak berwajib perlu mengambil tindakan segera dengan memburu serta menangkap binatang tersebut kerana dikhuatiri boleh mengancam keselamatan penduduk.
Sumber: Sinar Harian