KUALA LUMPUR – Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd, penerima anugerah Peruncit Paling Dikunjungi Di Malaysia 2016, menawarkan promosi bagi barangan keperluan menerusi baucar Syiok mulai 29 Dis hingga 14 Jan 2017.
Pengarah Pelanggannya, Vivian Yap dalam satu kenyataan berkata pasar raya besar itu berusaha untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pembeli di Malaysia dengan mendengar pandangan dan keperluan mereka serta memahami kesan tekanan ekonomi sekarang ke atas keluarga.
“Kami amat memahami bagaimana semua keluarga berusaha mengatur belanjawan mereka sebaik mungkin, terutamanya semasa membeli keperluan anak-anak kembali bersekolah, seterusnya diikuti dengan sambutan perayaan Krismas dan Tahun Baru Cina tidak lama lagi,” katanya.
Awal tahun ini, Tesco melancarkan kempen potongan harga jangka panjang menerusi pelaburan besar-besaran berjumlah sehingga RM90 juta.
Kempen ini dilaksanakan dalam tiga fasa yang menumpukan pada produk bayi bagi fasa pertama, barangan keperluan memasak dan penyediaan membuat kek, biskut dan pastri. Baru-baru ini ia diperluaskan pula kepada kategori barangan kesihatan, kecantikan dan aksesori.
Pasar raya besar itu baru-baru ini menerima anugerah daripada KANTAR Worldpanel, pakar global dalam tingkah laku pembeli.
Kajian tersebut dijalankan berdasarkan tingkah laku pembelian seramai 2,500 ahli panel yang mewakili keseluruhan isi rumah penduduk di Semenanjung Malaysia meliputi 126 kategori barang runcit yang tidak termasuk makanan segar, alkohol dan rokok. – BERNAMA