Abdul Latif menunjukkan air yang ditadah. |
PENDANG - Hampir 300 penduduk di kampung Kubang Pisang, di sini, sudah tidak tahan berdepan masalah gangguan bekalan air sejak dua tahun lalu.
Wakil penduduk, Abdul Latif Hasbullah, 54, berkata, masalah ketiadaan air menjejaskan rutin harian mereka.
"Tambahan pula ketika ini musim penduduk buat kenduri. Bila kenduri kami banyak nak guna air, jadi masalah ini sukarkan penduduk,” ujarnya.
Tinjauan media mendapati masalah ketiadaan air ini bukan sahaja melibatkan penduduk kampung Kubang Pisang tetapi juga melibatkan penduduk kampung Pisang Lanjut.
Sepanjang tinjauan, apa yang dapat dilihat ialah penduduk meletakkan tong besar di hadapan rumah mereka bagi tujuan tadahan air.
Abdul Latif berkata, setiap dua hari lori Syarikat Air Darul Aman (Sada) akan menghantar bekalan air ke setiap rumah.
“Namun, bekalan yang dihantar tidak mencukupi. Bayangkan air tersebut terpaksa disimpan di luar rumah kerana tidak mampu diangkat masuk ke dalam rumah.
“Bagaimana pula penduduk yang sudah uzur, mereka sudah tidak mampu mengangkut air dan sebagainya. Keadaan ini sangat menyedihkan,” jelasnya.
Zainon Arifin, 85, berkata, penduduk tidak mengetahui punca sebenar ketiadaan air.
“Saya amat berharap pihak terlibat kasihanilah kami. Saya dah tak larat nak angkat air masuk ke dalam rumah.
"Bila cucu-cucu balik mereka tak selesa,” jelasnya.
Tambah Zainon, dia terpaksa membeli air botol untuk tujuan memasak dan minum.
“Air yang Sada hantar saya cuma guna untuk mandi dan membasuh,” ujarnya.
Seorang lagi penduduk, Ishah Ismail, 75, berkata, air akan ada seminggu sekali itu pun pada jam 5 pagi.
“Saya akan pastikan saya tadah bekas di pili air sebab saya sendiri tidak tahu pukul berapa air akan ada.
“Ikut hati memang tak larat nak bangun awal pagi,” katanya.
Tambah Ishah, kesemua penduduk sangat berharap pihak terbabit dapat menyelesaikan masalah itu segera.
Sumber: Sinar Harian