ALOR SETAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa menggunakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai umpan untuk meraih sokongan rakyat bagi memastikan kemenangan BN pada PRU14.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Najib dilihat begitu yakin bahawa pemberian wang tunai itu dapat meraih undi agar rakyat terus menyokong BN.
“Najib (mungkin) percaya, “cash is king” bagi duit cukup, rakyat akan sokong dia,” katanya, ketika berucap pada Program Bicara Rakyat bersama Tun Dr Mahathir Mohamad, di Taman Wira Mergong, baru-baru ini.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Timbalan Pengerusi PKR Kedah, Gooi Hsiao Leung.
Mahathir berkata, umpan BR1M itu kemungkinan dilihat sebagai usaha meringankan beban kewangan rakyat, namun rakyat tetap menderita akibat pelbagai kenaikan kos sara hidup oleh kerajaan.
“Ketika ini banyak sektor berdepan kekangan perbelanjaan sehingga memberi tekanan kepada rakyat. Sekarang kalau ke hospital, ubat pun kena beli sendiri. Banyak lagi perbelanjaan yang tidak mencukupi, tetapi BR1M yang diberikan,” katanya.
Pengerusi Bersatu itu turut mengingatkan rakyat bahawa pemberian wang BR1M merupakan suatu kesalahan rasuah, dan ia salah di sisi agama dan undang-undang negara.
“Ketika pemerintahan saya, saya tak beri duit, tetapi banyak kebaikan yang kerajaan dahulu berikan melalui sistem jalan raya yang baik, peruntukan untuk sekolah mencukupi, anak-anak diberikan biasiswa dan banyak lagi. Tetapi sekarang rakyat lebih menghargai duit BR1M?” katanya.
Menurutnya, tidak mustahil jumlah pemberian BR1M dinaikkan dari RM500 kepada RM1,200 kerana Najib percaya ‘umpan’ yang ditaburkan kepada rakyat berkesan.
“Pernah seorang penduduk kampung, apabila ditanya kenapa tidak menyokong Bersatu dan saya, dia jawab, Bersatu tak bagi duit, Najib bagi duit. Inilah kesalahan kita, kita masih terima sedangkan tindakan itu akan merosakkan negara,” katanya.
Sumber: Sinar Harian