Nabilah menyusun buah dijual di gerainya. |
YAN - Penjual buah-buahan segar turut berdepan persaingan dan memerlukan kesabaran tinggi untuk meneruskan perniagaan.
Tinjauan di Jalan Guar Utama menghala ke Pekan Yan mendapati hampir 10 peniaga buah-buahan membuka gerai di sepanjang jalan secara bersebelahan, namun mereka tidak pernah berebut pelanggan.
Peniaga, Nabilah Abdul Solleh, 17, berkata, gerai buah-buahan miliknya itu beroperasi sejak dua tahun lalu selepas mengambil alih perniagaan tersebut daripada ibunya sejurus tamat tingkatan lima.
“Keluarga saya memang jual buah. Ayah jual di pasar malam berdekatan rumah. Bekalan buah-buahan segar diperoleh dari Sungai Petani, Alor Setar dan Perak.
"Pendapatan tidak menentu. Ada hari mencecah RM1,800. Ada ketika langsung tiada pendapatan. Untung rugi silih berganti,” katanya.
Bagi seorang lagi peniaga, Haryati Jamil Hosni, 50, pisang dan tembikai menjadi tarikan utama pelanggan.
“Kalau tak jual pisang, kedai buah kurang dapat sambutan. Sukar sebenarnya nak dapat keuntungan maksimum sebab kebanyakan buah tidak tahan lama, jika tidak laku nanti rosak,” katanya.
Tambah Haryati, berniaga tepi jalan menyebabkan buah terdedah kepada cahaya matahari dan cepat rosak.
Katanya lagi, dia juga tidak melakukan sebarang promosi untuk melariskan jualan.
“Saya dan peniaga lain harap pihak berkuasa dapat mengambil langkah sesuai bagi membantu mempromosikan kedai di sini supaya lebih mendapat sambutan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian