Video Viral: Gunting Rambut Guna Pisau Potong Daging, "Hammer"


Tersebar sebuah video di laman sosial menunjukkan aksi seorang pendandan rambut mempunyai kemahiran luar biasa apabila menggunakan sebilah pisau pemotong daging dan tukul untuk memotong rambut pelanggan di kedainya.

Di dalam rakaman itu, seorang pelanggan lelaki kelihatan tenang dan bersahaja ketika pendandan itu memotong rambutnya menggunakan peralatan tersebut meskipun hanya dijarakkan dengan beberapa inci sahaja mata pisau itu dari telinganya.

Jika si pendandan itu tersalah percaturan mahunya pelanggan lelaki itu kehilangan sebelah cupingnya.

Video tersebut dikongsi oleh seorang pengguna laman mikro Twitter @OSAY_it_aint_so yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat.


Namun sesetengah pelayar laman sesawang mendakwa video berkenaan dirakam di Maghribi.

Salah seorang pengguna laman sesawang yang menonton video tersebut memberitahu ia bukanlah masalah besar pun menggunakan pisau pemotong daging sebagai alat untuk memotong rambut.

“Ia hanyalah sebilah mata pisau bersaiz besar. Lebih kepada pertunjukkan bukan apa-apa pun.”

Manakala seorang lagi menyatakan kehairanan berbunyi: “Bagaimana pisau itu boleh menjadi setajam itu untuk memotong rambut tanpa sedikit pun mencederakan kulit kepala apabila dihentak dengan tukul?” – Kedahnews.com