Azmi ketika meninjau lokasi pertandingan. |
JITRA - Wang tunai keseluruhan berjumlah RM70,000 menanti kaki pancing sempena Cabaran Memancing anjuran Joran Bagus, bermula seawal 8.30 pagi, semalam.
Acara penutup tirai 2016 wilayah Utara yang berlangsung di Tasik Kem Paya Pahlawan itu turut menyediakan aktiviti menarik antaranya, 10 cabutan hamper dan set pancing serta 10 cabutan wang tunai dan hamper kepada peserta.
Penganjur, Azmi Nan berkata, juara bakal bawa pulang RM40,000, manakala tempat kedua menerima RM12,000, dan RM4,000 di tempat ketiga. Habuan sebanyak RM1,000 bagi tempat keempat dan RM800 untuk tempat kelima.
“Peserta yang gagal merebut tempat lima teratas tidak pulang kosong kerana kami menyediakan hadiah wang tunai hingga tempat ke-80. Hadiah RM700 bagi pemenang tempat keenam, RM600 (ketujuh) RM500 (kelapan) dan RM400 untuk tempat kesembilan dan 10,” katanya.
Menurutnya, tempat ke 11-20 menerima hadiah RM300, tempat ke 21-30 pula sebanyak RM250, tempat ke 31-60 (RM200), tempat ke 61-80 (RM150).
Katanya, program pertama kali diadakan dijangka berakhir sekitar 1 tengah hari dan terbuka kepada peserta dengan satu joran mata kail bebas dan umpan bebas.
“Terdapat dua yuran penyertaan boleh dipilih, sama ada RM100 bakal menerima waist box bagi 700 peserta terawal atau RM150 dibekalkan dengan waist box, mesin Shimano AX 4000FB untuk 500 peserta terawal,” katanya.
Turut dipertandingkan kategori khas ikan terberat yang menawarkan hadiah RM200 bagi kategori ikan Toman, Belida, Talapia, Lampam dan Ketutu.
Azmi berkata, acara kali ketujuh di wilayah Utara ini turut menawarkan cenderahati berupa tempat simpanan aksesori memancing bernilai RM60 kepada peserta.
“Kami sasarkan penyertaan lebih 1,000 berdasarkan acara lalu di Tasik Darulaman sekitar 1,500 peserta,” katanya.
Menurutnya, acara pelepasan ikan telah dilakukan dengan melepaskan satu tan ikan Keli.
Sumber: Sinar Harian