Gambar Hiasan |
IPOH - Seorang suri rumah menemui ajal akibat tergelincir di tepi tasik selepas menyelamatkan seekor kura-kura pagi Rabu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata kejadian kira-kira 9.30 pagi itu berlaku ketika Chin Ah Looi, 57, yang sedang bersenam di Bandar Seri Botani, Simpang Pulai melihat seekor kura-kura.
"Mangsa kemudian bertindak mengambil kura-kura itu untuk dilepaskan ke dalam tasik berhampiran.
"Namun ketika mangsa berdiri di tebing tasik, mangsa tergelincir dan disyaki badannya tercucuk sebatang kayu bakau sebelum dia terjatuh ke dalam tasik," katanya.
Beliau berkata anggota polis bantuan yang ternampak kejadian tersebut cuba menarik mangsa ke darat sebelum menghubungi pihak ambulans dan polis untuk mendapatkan bantuan.
Sum berkata mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dibedah siasat.
Beliau berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan kesan kecederaan akibat tusukan pada bahagian dadanya.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -Bernama