Ketua Wanita Muda PAN Nasional, Anis Afida Mohd Azli memberi ucapan gulung pada Konvensyen Nasional 2016 PAN di Pusat Konvensyen Shah Alam. |
SHAH ALAM - Wanita muda Parti Amanah Negara (PAN) melaungkan keyakinan untuk menyediakan jentera bagi menghadapi PRU14.
Ketuanya, Anis Afida Mohd Azli berkata, persediaan jentera ini bagi memastikan pengundi wanita muda dalam golongan usia 21 hingga 30 tahun berada bersama kami.
Menurutnya, pihaknya komited dan serius untuk membentuk sekelompok anak muda wanita yang betul-betul dalam kepimpinan tanah air.
"Wanita muda bukan sahaja terdiri sebagai pelajar, malah, suri rumah, ibu muda, kadang-kadang seorang anak yang perlu berhenti kerja menjaga ibu bapa.
"Selain itu, kita perlukan nasihat dan sokongan emosi serta mental," katanya ketika ucapan penggulungan di Konvensyen Nasional PAN 2016 di SACC, Shah Alam, semalam.
Justeru, di dalam menjayakan misi, beliau sangat memerlukan dorongan terutama pada fasa permulaan ini perlukan skongan mengwarkan kepada anak-anak, saudara dan kenalan untuk sama-sama bawa misi yang besar ini.
Tambahnya, selain itu, wanita muda juga terpaksa berdepan dengan berdepan bermacam-macam isu melanda ekonomi.
"Jadi, wanita muda seluruh Malaysia sahutlah seruan PAN dan sertai membentuk sebuah Malaysia yang hebat," katanya.
Sumber: Sinar Harian