Akmal (tiga, kiri) bersama belia yang dilatihnya di gim tersebut. |
BALING - Memiliki minat yang sama, dua pemuda berlainan bangsa dan agama ini tidak lokek ilmu.
Impian mereka hanya satu iaitu mahu melihat sukan bina badan diterima dan diminati generasi baharu.
Namun begitu, berlainan bangsa dan agama bukan penghalang bagi dua pemuda ini berkongsi kemahiran untuk melahirkan ramai atlet dan ikon sukan bina badan dalam daerah ini.
Atas minat yang sama, pemuda Cina dan Melayu itu kini perlahan-lahan mengembangkan empayar perniagaan sukan bina badan, AAP Fitness & Gym.
Perniagaan itu kini sudah lima bulan bertapak di Pekan Baling dengan Chan Ken Keong, 33, atau mesra dengan panggilan Alex merupakan pemilik perniagaan dan Muhamad Akmal Yakob ,27, selaku tenaga pengajar bina badan.
Di atas minat sama, dua pemuda ini tidak mahu menoleh belakang lagi, sebaliknya yakin mampu menyumbang sesuatu untuk negara dalam bidang sukan itu.
Mereka berdua turut dibantu Muhamad Izad Amirul ,23, dalam melahirkan atlet bina badan profesional.
Pertemuan akhirnya menjadi sahabat
Mengimbau kembali pertemuan mereka, Akmal berkata, segalanya bermula pada tahun lalu.
“Waktu itu saya pergi ke gim dibuka Alex di Pengkalan Hulu, Perak dan daripada situ kami berkenalan.
“Walaupun baru kali pertama kenal, kami cukup rapat dan selesa di antara satu sama lain,” katanya.
Menurutnya, pertemuan itu lama-kelamaan membina sebuah ikatan persahabatan yang akrab.
Menurutnya, asas kepercayaan daripada hubungan terjalin itu, Alex memaklumkan cadangan untuk membuka sebuah lagi gim di Pekan Baling dengan memilihnya sebagai jurulatih bina badan.
“Saya terima pelawaan itu selepas mengadakan perbincangan lebih lanjut dengan Alex,” katanya.
Mahu lahirkan 10 atlet
Akmal berkata, AAP Fitness & Gym menyasarkan 10 atlet daerah Baling dalam sukan tersebut.
Menurutnya, kesemua atlet itu akan dibawa menyertai setiap kejohanan yang dipertandingkan.
“Hasil perbincangan bersama Alex, kami bersepakat mahu melahirkan atlet sukan bina badan dari Baling.
“Buat masa ini, kami sasarkan 10 orang atlet dahulu, mereka akan dilatih sehingga mendapat bentuk badan diidamkan.
“Jika ada yang berminat, kita akan latih mereka hingga berjaya dan AAP Fitness & Gym akan bawa mereka sejauh yang boleh dalam bidang ini,” katanya.
Akmal berkata, tempoh masa diperlukan bagi membentuk tubuh badan diidamkan adalah selama tiga bulan.
Menurutnya, sukan ini memerlukan fokus dan disiplin yang tinggi untuk berjaya.
“Membesarkan badan tiada pantang, tetapi kena jaga pemakanan, ambil makanan tambahan, diet dan beberapa kaedah lagi.
“Orang kurus kering atau gemuk tiada masalah untuk menyertai sukan bina badan ini,” katanya.
Sementara itu, Alex berkata, Baling dipilih sebagai lokasi pembukaan AAP Fitness& Gym bagi mengetengahkan bakat belia Melayu, Cina dan India dalam sukan tersebut.
Menurutnya, sambutan menggalakkan gim yang dibuka di Pengkalan Hulu juga faktor yang mendorong cawangan kedua dibuka di Baling.
“Saya juga orang kampung dan kita kebiasaannya tidak pernah merasai cara hidup orang bandar.
“Di Baling, gim adalah satu benda baru, jadi konsep gim di sini bukan semata-mata bina badan, tetapi turut disediakan latihan kecergasan yang sesuai untuk semua golongan,” katanya.
Alex berkata, sejak dibuka, dia berjaya melahirkan dua atlet bina badan.
“Muhamad Izad Amirul juga memainkan peranan penting di sini, kami bertiga ibarat keluarga,” katanya.
Atlet dari Baling kongsi pengalaman
Saifullah Zulkifli,22, dari Kampung Charok Gorok yang merupakan salah seorang atlet Baling yang dilahirkan AAP Fitness & Gym turut berkongsi pengalaman.
Katanya, AAP Fitness & Gym menjadi pilihan untuk mencapai cita-citanya menjadi atlet yang mewakili negara suatu hari nanti.
“Saya betul-betul fokus bina badan pada tahun ini walaupun sudah tiga tahun sudah menceburi sukan ini.
“Dengan tunjuk ajar jurulatih di sini dan sokongan pemilik gim dan keluarga, saya akan berusaha wakili negara.
“Sasaran terdekat adalah wakili negara bagi Sukan Sea 2017 tahun depan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian