Waris kepada lelaki pesakit mental dipercayai berketurunan Melayu berusia 40-an diminta datang atau menghubungi HSAH dengan seberapa segera. |
SUNGAI PETANI - Identiti seorang pesakit mental yang kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani masih kabur memandangkan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui.
Pegawai Kerja Sosial Perubatan HSAH, Azmi Ahmad berkata, lelaki berusia lingkungan 40-an itu dihantar orang awam ke hospital pada 6 Disember 2016 dan sehingga kini masih ditempatkan di wad.
Menurutnya, hasil pemeriksaan doktor ke atas pesakit mendapati dia disahkan mengalami schizophrenia atau sakit mental dengan keadaan tangan kirinya patah.
"Sejak hari pertama dirawat, tiada sebarang pelawat atau waris menziarahinya. Kita percaya dia berketurunan Melayu, boleh bertutur bagaimanapun apabila ditanya, dia enggan bercakap," katanya.
Menurutnya, tiada dokumen ditemui berdekatan mangsa bagi membantu untuk mendapatkan perkhidmatan yang sewajarnya.
"Pesakit ini telah dimasukkan ke Wad Kenanga 5 pada 6 Disember jam 3.50 pagi.
"Ketika itu pesakit cedera di siku kiri dan sehingga kini masih dalam rawatan. Dia dibawa oleh orang awam yang tidak dikenali.
"Semasa dihantar, pesakit memakai baju T bewarna kuning dan berseluar jeans," katanya.
Beliau meminta waris atau mana-mana individu yang mengenali mangsa agar datang ke HSAH atau berhubung dengan Unit Kerja Sosial Perubatan HSAH di talian 04-4457333 sambungan 2321.
Sumber: Sinar Harian