Zain Minta Anak Lagi, Che Ta Kata Belum Terfikir Lagi...


Pada Ahad lalu genaplah sudah usia perkahwinan pasangan terkenal Zain Saidin dan Rozita Che Wan mencecah tiga tahun.

Jika tahun lepas pasangan ini memilih Phuket, Thailand sebagai destinasi ulang tahun perkahwinan mereka, pada tahun ini pula mereka memilih meraikannya dengan mengadakan majlis makan malam bersama keluarga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Memilih tema berwarna navy blue, Che Ta sememangnya kelihatan anggun dan jelita disamping suami tercinta.

Sementara itu, memetik laporan BH Online, Che Ta mengakui dia belum terfikir untuk menambah anak buat masa ini.

“Rasa macam baharu semalam kami melangsungkan pernikahan. Alhamdulillah, saya mendoakan semoga.

“Jika diikutkan, selepas melahirkan Aaisyah, saya diminta hamil lagi. Zain hendak seorang lagi anak yang akan meneruskan legasi keluarga kami. Tapi, jujurnya, saya belum terfikir ke arah itu,” katanya.

Sejak hujung minggu lalu, Che Ta sekeluarga memilih untuk meluangkan masa bersantai di hotel.

Sebelum majlis ulang tahun perkahwinannya, Che Ta turut meraikan hari lahir anak keduanya, Aniq Ezra yang genap 18 tahun, juga di hotel yang sama. – Kedahnews.com