ALOR SETAR – Polis menahan dua lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah dan dua pucuk pistol dalam sekatan jalan raya di Plaza Tol Alor Setar (arah selatan) kira-kira 5.30 petang kelmarin.
Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata suspek turut cuba menyogok RM50,000 kepada lima anggota polis trafik Ibu Pejabat Daerah Kota Setar yang bertugas, bagi mengelak mereka diambil tindakan.
Asri berkata kedua-dua suspek yang berusia 43 dan 47 tahun, sebelum itu ditahan dalam ‘Ops Cegah Kemalangan’ yang diadakan selepas kereta jenis Honda Civic yang dinaiki mereka dalam keadaan mencurigakan.
“Pemeriksaan terhadap suspek berumur 43 tahun dari Alor Setar mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan juga positif dadah jenis heroin, manakala suspek kedua berumur 47 tahun berasal dari Selangor mempunyai lapan rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah turut positif heroin,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini, semalam.
Katanya pihak polis kemudiannya membuat pemeriksaan di dalam kereta suspek dan menemukan dua pucuk pistol jenis semi auto dan kelopak peluru masing-masing.
Asri berkata satu kelopak pistol berisi 10 butir peluru caliber .22 dan satu kelopak lagi mengandungi tujuh butir peluru caliber .45.
Selain itu polis turut merampas satu kelopak tanpa peluru, satu kotak berisi 46 butir peluru caliber .45, dan 10 butir peluru caliber .22 di bungkus di dalam plastik.
“Kita juga merampas 2,700 gram heroin, 25 gram syabu, 1,500 biji pil kuda dan 46 gram candu yang nilai keseluruhan bernilai RM65,000 dan kereta Honda Civic berserta pelbagai jenis telefon dan bungkusan plastik straw,” katanya.
Berikutan itu kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971 yang sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 14 tahun dan enam kali sebatan manakala kesalahan di bawah Seksyen 8(A) Akta Senjata 1960 boleh dihukum dipenjara hingga tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
“Kedua-dua suspek juga disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati, Seksyen 39(A)ADB (penjara hingga lima tahun dan tiga kali sebatan),Seksyen 39(A)(2) ADB (penjara seumur hidup dan lima kali sebatan), dan Seksyen 10 ADB 1952 (penjara hingga sampai dua tahun atau denda hingga RM50,000).
“Bagi kesalahan menyogok, suspek juga disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukan hukuman penjara sampai 20 tahun dan denda lima kali ganda suapan,” katanya.
Tambah Asri, siasatan awal polis juga mendapati, dadah itu bukan dibawa dari negara jiran tetapi dari selatan tanah air untuk dipasarkan di sebelah utara dan Kuala Muda.
“Senjata api yang kami rampas juga dipercayai digunakan untuk melindungi diri mereka.
Kedua-dua suspek kini direman tujuh hari bermula semalam hingga 14 Jan ini untuk siasatan lanjut. – BERNAMA