Ular tedung selar yang berjaya ditangkap APM Sik |
SIK - Sebuah keluarga dari Kampung Changhai, Jeniang dipercayai tinggal bersama seekor ular Tedung Selar bersaiz 3.5 meter selama tiga hari di dalam rumah mereka.
Abdul Razak Yusuf, 25, berkata, ular itu dipercayai berada dalam rumah saudara maranya selama tiga hari di bawah sofa sebelum berjaya ditangkap Angkatan Pertahanan Awam (APM) SIK.
"Seekor kucing peliharaan sering berkelakuan pelik setiap kali memandang di bawah sofa itu, tetapi dari hari pertama dan kedua tiada siapa ambil tahu," katanya semalam.
Menurutnya, tindakan pelik kucing pada hari ketiga akhirnya menyelamatkan ahli keluarga tersebut yang ketika itu sedang menonton televisyen di atas sofa berkenaan.
"Disebabkan hairan dengan tindakan kucing yang masih berkelakuan pelik pada hari ketiga, barulah tuan rumah melihat sendiri apa sebenarnya di bawah sofa sebelum mendapati ianya seekor ular yang sangat besar," katanya.
Abdul Razak berkata, tidak mustahil berlaku perkara tidak diingini sekiranya kehadiran ular itu masih tidak disedari.
"Mungkin akan ada ahli keluarga menjadi mangsa patukan jika terus tinggal bersama ular bersifat agresif itu, alhamdulillah kucing yang selama ini dipelihara menyelamatkan tuannya,"katanya.
Sementara itu, Pegawai APM Sik, Mohd Muhkrij Md Sabir berkata, pihak APM Sik bergegas ke lokasi setelah menerima panggilan kira-kira jam 9.40 malam.
"Anggota APM SIK hanya mengambil masa selama 10 minit untuk menangkap ular seberat 12 kilogram tersebut sebelum diserahkan kepada Jabatan Hutan dan Perhilitan untuk tindakan selanjutnya.
"Sehubungan itu, APM Sik juga memohon kerjasama dari orang ramai agar sentiasa berhati-hati memandangkan cuaca tidak menentu sekarang ini. Sekiranya berlaku kecemasan orang ramai boleh hubungi talian 24 Jam APM Sik di nombor 04-4698221," katanya.
Sumber: Sinar Harian