Shamsuddin bersama penduduk menunjukkan sebahagian laluan pengguna di tiga kampung yang masih tidak berturap sejak lebih 20 tahun. |
KULIM - Sudah lebih 20 tahun menunggu, namun penduduk di tiga kampung, di sini masih lagi terpaksa menggunakan jalan tidak berturap di Kampung Sidam Kanan.
Pengusaha burung puyuh, Shamsuddin Mk Abd Rahman, 47, berkata, jalan itu dilalui hampir 700 pengguna dari tiga kampung termasuk Kampung Sidam Kiri dan Kampung Lesung Tujuh.
Menurutnya, kebanyakan penduduk yang menggunakan jalan tersebut untuk ke Pekan Padang Serai dan melakukan aktiviti harian termasuk menghantar anak ke sekolah.
"Ramai orang guna jalan ini. Nak hantar anak, pergi kerja dan ke pekan sebab lebih dekat.
"Kalau ikut jalan mini tar, jaraknya lebih jauh dan terpaksa harungi jalan besar," katanya.
Shamsuddin berkata, jalan tidak berturap sejauh satu kilometer itu juga adalah milik persendirian dan telah diwakafkan untuk laluan penduduk.
“Tak ada masalah untuk turap, pemilik sudah wakafkan, lagipun bukan panjang sangat hanya lebih kurang satu kilometer sahaja.
“Banyak kali dah kami mohon dan buat aduan kali terakhir pada 2015, kami dah ukur jalan semua tapi senyap tak ada tindakan,” katanya.
Selain itu, seorang lagi penduduk, Shuib Hashim, 47, berkata, kenderaan penduduk kampung juga sering rosak dan terpaksa dibaiki.
“Jalan tak berturap, kalau lalu boleh rasa gegarannya habis rosak tayar. Kereta saya sudah berapa kali kena hantar bengkel,” katanya.
Katanya, lebih membimbangkan ketika hujan keadaan jalan akan ditakungi air dan agak becak sehingga menyebabkan pakaian menjadi kotor.
“Kalau hujan kesian dekat penduduk terutama budak sekolah yang naik motosikal habis kotor baju, jalan yang berlopak pula digenangi air,” katanya.
Malah, penduduk pertama di situ, Subhi Ahmad, 66, juga berkata, gusar dengan masalah debu jalan apabila tibanya musim panas.
“Bila musim panas tak hujan, masalah debu pula penuh masuk rumah, tingkap tak larat nak cuci. Sekarang kami terpaksa tutup terus tingkap kalau tak habis lantai, perabot berdebu.
“Isteri saya juga sudah mendapat penyakit gatal-gatal kulit. Nak tidur pun tak selesa kerana habuk,” katanya.
Tambahnya, diharap pihak terbabit dapat segera menurap laluan ini dengan tar untuk keselesaan dan kemudahan penduduk di sini.
“Dah lama kami tunggu, harap pihak terbabit termasuk kerajaan dapat turap jalan dengan segera untuk keselesaan penduduk,” katanya.

Sumber: Sinar Harian