SEORANG ibu melahirkan rasa terkilan selepas mendakwa anak kecilnya berusia dua tahun mengalami kecederaan teruk gara-gara kecuaian pengasuh yang meninggalkan kanak-kanak itu secara bersendirian.
Dalam kejadian 30 Disember lalu, ibu mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nadia mendakwa anaknya terminum cecair pelembut pakaian (soflan) di rumah pengasuhnya.
Ekoran itu, cecair berkenaan turut terkena pada bahagian mata anaknya, menyebabkan mata mangsa luka sehingga 80 peratus.
Difahamkan, pengasuh anaknya pada hari kejadian pergi ke kedai membeli barangan dapur dan meninggalkan mangsa secara bersendirian sebelum menyedari kejadian tidak dingini itu selepas pulang ke rumah.
Ekoran insiden terminum cecair pelembut pakaian itu, Nadia turut mendakwa telinga anaknya itu mengalir darah secara tiba-tiba pada keesokan hari ketika berada di rumah.
“Bertambah serabut kepala ini. Jam 5 pagi, tiba-tiba telinga Alif pula berdarah.
"Ya Allah, kenapa ni? Sudahlah mata tak dapat dibuka, telinga pula keluar darah. Ya Allah, kuatkanlah semangat saya ini,” katanya.
Mangsa kemudian difahamkan telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan segera dan laporan polis juga telah dibuat untuk tindakan lanjut.
Nadia berkata, dia tidak pasti berapa banyak cecair tersebut diminum dan masuk ke dalam mata anaknya.
Ibu tersebut mendakwa bahawa doktor yang mencuci mata anaknya mengatakan memang banyak cecair yang masuk dan 80 peratus kornea mata kanak-kanak itu luka.

“Terima kasih kepada yang mendoakan adik Alif yang baru berumur 2 tahun 4 bulan, mudah-mudahan doa saya dan kawan-kawan semua dimakbulkan Allah.
“Doktor pakar dah bagi kepastian yang kornea mata Alif memang luka 80%, kena tunggu result lagi,” katanya.

Dalam perkembangan terbaharu di lama sosial Nadia, luka anaknya itu dikatakan hampir 40 peratus pulih.
Namun masih belum dapat diputuskan sama ada mata mangsa akan kabur atau mampu melihat kerana mangsa enggan membuka mata kerana berkemungkinan masih trauma atas kejadian yang berlaku. -Kedahnews.com