CHEF selebriti Chef Wan atau nama sebenarnya, Datuk Redzuawan Ismail sememangnya dikenali antara individu yang agak lantang dalam melontarkan pendapatnya mengenai sesuatu isu menerusi medium media sosialnya.
Terbaharu, Chef Wan ‘mengomel’ mengenai Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL 31) yang berlangsung gah dan gemilang semalam.
Menurut bapa kepada Chef Ridz dan Serina Redzuawan ini, beliau melihat AJL 31 sudah kekurangan penyanyi berkualiti tidak seperti beberapa tahun sebelum ini.
“Dah berzaman tak mengikuti lagu-lagu Melayu ini. Tonight (semalam) i tried to watched Juara Lagu. Personally I find it hard to enjoy some of the male singer song. (Secara peribadi, saya rasa sukar nak enjoy dengan lagu sesetengah penyanyi lelaki).
“Lain rasanya quality penyanyi zaman Juara Lagu i grew up and so used to than what I see tonight.
“Maybe the music and song are just not my cup of tea and saya cepat rasa bosan apatah lagi quality suara penyanyi itu sendiri yang some I find to be tak sedap for my ears,” tulisnya menerusi akaun Instagram miliknya.
Walaupun begitu, Chef Wan tidak ketinggalan memberikan pujiannya terhadap penyanyi yang dirasakan mempunyai kualiti nyanyian yang cukup bagus seperti Dayang Nurfaizah dan Syamsul Yusof yang memperlihatkan bakat rapnya menerusi lagu Kalah Dalam Menang.
AJL 31 menobatkan lagu Lelaki Teragung karya Natasyah dan Iman Imran selaku juara manakala penyanyinya, Dayang Nurfaizah turut membawa pulang trofi Vokal Terbaik.
Tempat kedua dimenangi lagu duet Misha Omar dan Hafiz berjudul Terimaku Seadanya dan tempat ketiga, Sudahku Tahu nyanyian Projector Band.
Sementara itu kategori Persembahan Terbaik dimenangi Khalifah menerusi lagu Hang Pi Mana yang diundi para penonton.
AJL 31 yang bertemakan ‘Cerita Dalam Lagu’ dihoskan Sarimah Ibrahim, Awal Ashaari, Fizi Hot FM dan Fara Fauzana. –Kedahnews.com