Sani (kiri) melayan kerenah Ammar yang ingin bermain dengan tetamu mengunjungi rumahnya |
ALOR SETAR - Seorang kanak-kanak lelaki dari Kampung Bohor, di sini, didakwa hanya mampu menyebut dua perkataan, meskipun sudah mencecah usia tujuh tahun.
Menurut ibunya, Siti Hajar Othman, 27, anak sulung dari dua adik beradik itu mungkin kelihatan normal dari luaran, bagaimanapun Muhammad Ammar Khusyairi, 7, disahkan mengidap autisme aktif.
“Selain itu, Ammar turut mengidap penyakit ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder), epilepsi (sawan) dan sindrom dravet sehingga menyebabkan dia agak sukar dikawal.
“Ketika dilahirkan Ammar merupakan seorang anak yang normal, namun keadaan berubah apabila dia terkena jangkitan kuman seawal usia sebulan sebelum diserang sawan,” katanya.
Menurutnya, anaknya itu hanya mampu menyebut Mama dan Mamam apabila ingin berbicara dengan mereka sekeluarga, namun Ammar memahami perbualan mereka.
“Dahulu, dia boleh sebut beberapa perkataan seperti Babah untuk bapanya, bagaimanapun kini hanya mampu menyebut Mama dan Mamam selepas diserang sawan,” katanya.
Siti Hajar berkata, anak sulung hasil perkongsian hidup dengan suami, Mohd Wafi Zulkifli, 30, ada kalanya agak kasar, sekali gus menyebabkan dia sukar difahami.
"Kini kami kena ulang alik sebulan sekali ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), manakala tiga bulan sekali di Pulau Pinang.
"Suami hanya bekerja sebagai pembantu am di sebuah syarikat swasta di Bandar Alor Setar dengan pendapatan RM1,200 sebulan," katanya.
Katanya, mereka memerlukan kos tinggi untuk berulang alik menghantar Ammar mendapatkan rawatan selain kos susu dan lampin pakai buang Ammar.
Terdahulu, nasib keluarga itu mendapat perhatian Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) yang turun padang melawat Ammar di kediamannya, kelmarin.
Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat LZNK, Mohd Sani Harun, pihaknya peka dengan keadaan keluarga berkenaan.
"LZNK memberi sum-bangan makanan bernilai dan akan memproses bantuan sara hidup," katanya.
Sumber: Sinar Harian