Zulkiple (berdiri, kiri) beramah mesra dengan anggota bertugas Kem Lapangan Terbang Sungai Petani |
SUNGAI PETANI - Seluruh anggota Tentera Darat dinasihatkan supaya menghindari penyalahgunaan media sosial bagi mengekang penyebaran berita tidak benar.
Pesanan itu disampaikan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim sempena lawatan ulungnya ke Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, di sini, semalam.
Zulkiple menasihatkan seluruh Angkatan Tentera Darat supaya tidak menggunakan media sosial untuk berkongsi maklumat sehingga menyalahi peraturan mahupun undang-undang.
"Jangan fikir seronok guna telefon bimbit untuk akses Facebook, Telegram, Instagram dan lain-lain.
"Anggota juga diingatkan supaya tidak mudah percaya maklumat dilihat atau disalurkan dalam media masa. Malah mereka juga dilarang berkongsi maklumat sulit seperti merakam gambar dokumen-dokumen, rakam gambar dalam kem dan sebagainya,” katanya.
Dalam pada itu, beliau memberi peringatan kepada angkatan bahawa mereka sentiasa diperhatikan pihak-pihak tertentu.
“Perhati bermaksud, individu atau kumpulan tertentu cuba mempengaruhi anda (tentera) melalui interaksi sosial yang mana boleh mempengaruhi pemikiran, perbuatan dan sebagainya.
“Oleh itu, seluruh anggota perlu sentiasa berhati-hati menilai dan membuat sekatan sendiri terhadap setiap maklumat yang dibaca atau dilihat melalui media sosial sebagai ‘surface value’ sahaja kerana ia mempunyai kesan sampingan baik ataupun buruk,” katanya.
Justeru itu, beliau berharap seluruh anggota harus bersatu, setia dan patuh arahan semasa melaksanakan tugas dalam mempertahankan keamanan, kemakmuran dan kedaulatan negara.
Dalam perkembangan lain, Zulkiple mengumumkan, Angkatan Tentera Darat kini dalam menyediakan enam lagi garis panduan standard Tentera Malaysia iaitu piawaian sama seperti ISO bagi memastikan setiap aspek pengurusan operasi berjalan lancar dan teratur.
Katanya, sebelum ini Angkatan Tentera Darat sudah memiliki tiga garis panduan yang memberi penekanan kepada aspek kecekapan penyeliaan.
Beliau turut mengumumkan slogan Tentera Darat Satu, Kerana Bersatu sebagai slogan baharu bagi Angkatan Tentera Darat.
Sumber: Sinar Harian