Md Norzi kiri menunjukkan paras air malam kelmarin |
SIK - Hujan tanpa henti bermula petang hingga malam kelmarin menyebabkan lima buah keluarga yang sedang mengadakan persiapan majlis tahlil di Kampung Batu 9 1/2 Jeniang terperangkap dalam banjir kilat.
Mangsa, Md Norzi Musa,43, berkata, mereka seramai 40 orang cemas apabila air banjir secara mendadak memasuki rumah sehingga mencecah paras satu meter.
"Sebelum itu hujan turun dengan cukup lebat sekitar jam tiga petang, waktu itu saya dan keluarga sedang buat persiapan majlis tahlil untuk arwah ibu yang selamat dikebumikan pada sebelah pagi.
"Sedang majlis baru hendak bermula air banjir secara mendadak memasuki rumah kira-kira jam enam petang. Keadaan ketika itu begitu kelam kabut kerana ramai yang panik," katanya di sini, hari ini.
Menurutnya, ahli keluarga lain bertambah takut apabila limpahan air sungai berhampiran menghasilkan bunyi deruan yang kuat.
"Bunyi itu seakan-akan air akan dilepaskan dari empangan dan menyebabkan ahli keluarga lain semakin takut, namun kesemuanya berjaya ditenteramkan.
"Dalam masa sama kami berpindah ke tingkat atas rumah, ada yang berdiri di atas tebing beranda," katanya.
Md Norzi berkata, mereka terperangkap kira-kira empat jam di dalam rumah sebelum diselamatkan pihak bomba.
"Laluan utama untuk keluar ditenggelami banjir menyebabkan kami terperangkap, kami bernasib baik apabila bomba yang dihubungi tiba memberi bantuan bersama Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Difahamkan, pasukan bomba berjaya menyelamatkan 31 mangsa terlibat manakala sembilan yang lain enggan berpindah.
Seorang lagi mangsa, Ahmad Fauzi Yusof,41, berkata, punca utama banjir itu berlaku disebabkan laluan sungai sempit.
"Saya harap pihak berkenaan dapat selenggara sungai di kampung ini termasuk Sungai Kampung Batu 10, Sungai Simpang Pasir dan Sungai Kampung Perahu yang bersambung agar kejadian seumpama ini tidak berulang," katanya.
Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba Guar Cempedak, Asmawi Bakar berkata, pihak menerima panggilan kira-kira jam 8.27 malam sebelum bergegas ke lokasi.
"Kejadian banjir kilat melibatkan sebuah rumah dua tingkat telah ditenggelami air pada paras pinggang. Mangsa terbabit berjaya diselamatkan," katanya.
Sumber: Sinar Harian