Tuan Marti Idayu mendukung Nor Delisha Shazwani yang memerlukan kos pembedahan berjumlah RM50,000. |
KUALA NERANG - Sepasang suami isteri dari Kampung Kuala Tekai, Mukim Pedu merayu sumbangan daripada orang ramai untuk membiayai pembedahan anak mereka.
Mohd Rosli Shafie, 37 dan isterinya, Tuan Marti Idayu Tuan Mohamad, 38, berharap ada pihak dapat membantu anak mereka, Nor Delisha Shazwani yang berusia enam bulan, yang memerlukan RM50,000 untuk menjalani pembedahan tersebut.
Menurut Mohd Rosli, anaknya itu terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Besar Sultanah Bahiyah selepas pihak berkenaan mengesahkan anaknya itu menghidap penyakit paru-paru berair dan injap jantung bocor.
“Pada mulanya saya hantar anak di Hospital Kuala Nerang selepas mengalami batuk berpanjangan dan pernafasan sangat laju. Bagaimanapun, pihak hospital gagal mencari punca sebenar masalah anak saya hinggalah dibawa ke Hospital Besar Sultanah Bahiyah.
"Doktor mengesahkan anak saya mengalami paru-paru berair dan injap bocor. Disebabkan bimbang masalah itu berlarutan, anak saya ditahan di hospital tersebut sejak Disember lalu untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Beberapa minggu kemudian, anak saya diarahkan dihantar ke Hospital Gleaneagle di Pulau Pinang. Selepas mendapat rawatan di situ, doktor memaklumkan penyakit anak saya semakin serius dan memerlukan RM50,000 untuk menjalani pembedahan,” katanya.
Menurut Mohd Rosli, dia dan isterinya buntu untuk mencari wang sebanyak itu kerana pekerjaannya sebagai penoreh tidak dapat menampung pembedahan tersebut.
“Pendapatan saya hanya RM700 sebulan bagi menampung perbelanjaan sekolah anak dan keperluan harian. Sudah pasti tidak mampu membiayai pembedahan anak saya itu.
“Saya buntu apabila doktor memaklumkan pembedahan itu perlu dilakukan secepat mungkin kerana akan menjejaskan kesihatan anak saya. Saya merayu kepada pihak berkenaan supaya dapat membiayai perbelanjaan pembedahannya,” katanya.
Sumber: Sinar Harian