KELAHIRAN bayi dengan dua kepala jarang berlaku namun baru-baru ini kecoh di media sosial apabila sebuah video memaparkan bayi berkepala dua dalam satu tubuh dilahirkan di bandar Ciudad Juarez, Mexico.
Video tersebut dipercayai dimuat naik oleh ahli keluarga bayi tersebut yang terkejut dengan kejadian itu.
Dalam video berdurasi 30 saat itu memaparkan bayi yang dipegang oleh pasukan perubatan dalam keadaan menangis dengan tiub di hidung masing-masing.
Mirror melaporkan pasukan perubatan dan doktor enggan memberi penjelasan mengenai kes tersebut dan mengesahkan ibu bayi kembar siam itu dalam keadaan stabil.
Doktor kini sedang mencari jalan penyelesaian dan memikirkan masa depan bayi itu yang berkongsi tubuh dan organ dalaman namun mempunyai dua otak.
Dilaporkan, keadaan bayi lelaki itu dipercayai tidak dapat dikesan ketika pemeriksaan atau sama ada ibu bapanya sudah mengetahui bakal mendapat kembar siam.
Sebelum ini, kes kembar ganjil yang biasa ditemui ialah kembar siam yang berlaku dalam satu bagi 100,000 kehamilan
Jurnal perubatan menyatakan kejadian kembar bercantum berlaku apabila wanita menghasilkan hanya satu telur yang tidak berpisah sepenuhnya sebelum ia disenyawakan.
Sebahagian besar kembar bercantum tidak hidup lama kerana organ mereka tidak mampu menampung keperluan tubuh.
Dianggarkan 40 peratus mati sebelum atau sebaik dilahirkan manakala 35 peratus lagi mati beberapa hari kemudian.
Antara kes terbaru sebelum ini, seorang bayi lelaki berkepala dua dilahirkan di Kolej Perubatan Jawaharlal Nehru, Ajmer, Rajasthan, India pada 4 Oktober tahun lalu, oleh wanita berusia 20 tahun namun bayi itu meninggal dunia 32 jam kemudian. – Kedahnews.com