SEBUAH zoo di Bandung, Indonesia telah menimbulkan kemarahan seluruh dunia khususnya pencinta binatang selepas satu rakaman video memaparkan beruang-beruang dalam taman haiwan itu kelihatan kurus seperti rangka tersebar.
Lebih menyedihkan, beruang-beruang tersebut dilihat meminta-minta makanan dari para pengunjung seolah-olah dibiarkan kelaparan.
Menerusi video klip, beruang tersebut dilihat sanggup berdiri mengangkat tangan seakan-akan merayu diberikan makanan.
Malah, beruang tersebut turut meraba-raba mencari makanan apabila pengunjung mencampakkan makanan ke dalam kandang mereka.
Lebih mengejutkan, ada beruang dilihat terpaksa memakan najis mereka sendiri.
Video itu dikatakan direkod oleh penyiasat dari kumpulan pemantauan hidupan liar, minggu lalu.
Lapor Mirror, satu petisyen telah pun dilancarkan sejak enam bulan lalu meminta taman haiwan itu ditutup kerana membiarkan haiwan kelaparan.
Tidak sekadar itu, ratusan ribu penduduk turut mengesa Presiden Indonesia, Joko Widodo untuk mengambil tindakan.
Setakat ini, petisyen itu sudah ditangani lebih dari 190,000 orang.
Tahun lalu, taman haiwan itu turut menimbulkan kontroversi apabila satu gambar mendedahkan seekor gajah mati sambil menitiskan air mata menjadi tular.
Dalam gambar itu, badan gajah tersebut berkudis dan kakinya dirantai dalam sangkar yang kelihatan berkarat. –Kedahnews.com