KOTA KINABALU - Syarikat pelancongan yang memiliki bot pelancongan jenis Catamaran yang karam dalam perjalanan ke Pulau Mengalum, Sabtu lalu telah menggunakan jeti Kampung Tanjung Aru secara tidak sah untuk mengangkut pelancong.
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Pang Yuk Ming berkata firma pelancongan tidak sepatutnya menggunakan jeti itu untuk tujuan pelancongan marin.
"Mereka sepatutnya menggunakan jeti-jeti di Jesselton Point atau jeti-jeti di Sutera Harbour dan Resort Shangrila Tanjung Aru," katanya.
Beliau berkata tindakan syarikat itu menggunakan jeti kampung tersebut secara haram akan dirujuk kepada Dewan Bandaraya serta Jabatan Pelabuhan dan Dermaga.
Pang berkata syarikat-syarikat pelancongan dikehendaki menggunakan jeti yang ditetapkan di mana mereka dikehendaki mengemukakan senarai identiti penumpang dan jumlah penumpang yang diangkut.
"Apabila menggunakan jeti yang bukan ditetapkan, mereka boleh buat apa sahaja yang mereka mahu," katanya.
Berikutan kejadian bot karam yang tidak diingini itu, Pang berkata rombakan industri pelancongan marin Sabah telah dilaksanakan oleh jawatankuasa yang terdiri daripada pelbagai pihak berkuasa dan wakil-wakil industri.
"Kami akan mengenal pasti kelemahan-kelemahan dalam industri pelancongan marin dan membuat syor-syor dalam laporan kepada ketua menteri," katanya. - Bernama