Mohd Amin menggunakan tong cat untuk mengutip hasil getah beku di kebun getah miliknya dekat Kampung Gantok walaupun kawasan kampung itu ditenggelami air banjir dari Sungai Semantan. |
MENTAKAB – Banjir yang melanda daerah ini tidak mematahkan semangat penoreh getah yang sanggup meredah air untuk mengutip getah beku berikutan peningkatan harga komoditi itu yang mencecah hampir RM5 ketika ini.
Penoreh Mohd Amin Abd Razak, 56, dari Kampung Gantok di sini berkata, dia terpaksa mengutip getah beku yang ditoreh beberapa hari sebelum banjir ketika paras air di kebun getahnya melebihi satu meter semalam.
Menurutnya, harga getah yang mencecah hampir RM5 menyebabkan dia mengambil keputusan untuk mengutip getah beku itu kerana bimbang dihanyutkan air banjir atau dicuri orang lain.
“Sebelum ini kawasan kampung ini memang kerap berlaku kejadian curi getah, bimbang dengan perkara ini saya ambil keputusan untuk kutip semua getah beku yang sudah ditoreh beberapa hari lalu.
“Saya ditemani adik ipar mula mengutip getah bersama cawan getah kerana bimbang ia dihanyutkan air banjir,” katanya.
Mohd Amin berkata, dia hanya mengutip getah beku di kawasan yang masih selamat untuk dia pergi kerana terdapat beberapa kawasan yang ditenggelami air lebih dua meter boleh mendatangkan bahaya kepadanya.
Menurutnya, dengan harga getah yang melambung naik ketika ini sudah tentu rugi jika dibiarkan sahaja getah yang sudah ditoreh itu tidak dikutip.
Katanya, dengan harga getah yang tinggi sekarang ramai penoreh mampu meraih pendapatan purata lebih RM500 seminggu dengan keluasan kebun sekitar satu hektar sahaja.
Sumber: Sinar Harian