LONDON - Pengendali Chelsea, Antonio Conte mahu anak buahnya menambah derita ke atas Liverpool menerusi kemenangan apabila kedua-dua pasukan bertemu di Anfield, awal pagi ini.
The Blues kini memiliki kelebihan 10 mata mengatasi The Reds yang sekadar meraih satu kemenangan daripada lapan perlawanan yang diharungi bulan ini.
Meskipun mengakui masih ada baki 15 perlawanan selepas aksi terbabit, Conte percaya kemenangan ke atas Liverpool bakal memberi tamparan hebat kepada skuad bimbingan Jurgen Klopp itu yang sebelum ini menewaskan Chelsea 2-1 di Stamford Bridge.
Ia adalah satu daripada tiga kekalahan liga buat Chelsea pada musim ini.
"Pastinya mereka menerima tamparan yang besar andai tewas perlawanan ini," kata Conte.
"Amat penting untuk memenangi perlawanan seperti ini kerana ia akan meningkatkan keyakinan anda dan meraih tiga mata daripada pencabar anda.
"Saya mengharapkan agar kami dapat menebus kembali kekalahan pada aksi pertama yang lalu," kata bekas pengurus kelahiran Itali itu.
Selepas tewas di tangan Liverpool, Chelsea kemudian tewas aksi seterusnya di tangan seteru London, Arsenal yang mana bakal menjadi lawan mereka pada aksi di Stamford Bridge, Sabtu ini.
The Gunners dilihat menjadi pencabar terdekat buat Chelsea dengan anak buah Arsene Wenger itu hanya ketinggalan lapan mata di belakang Chelsea dan menghuni tangga kedua liga.
"Ini adalah minggu yang sangat penting buat kami tetapi kami masih ada 14 perlawanan untuk menamatkan saingan musim ini," kata Conte.
"Keputusan yang positif juga penting tetapi kejuaraan tidak dapat ditentukan dengan dua perlawanan ini," katanya. - AFP