Donald Trump Pecat Pemangku Peguam Negara Ingkar Perintah


WASHINGTON – Presiden Donald Trump, semalam, memecat Pemangku Peguam Negara sejak pentadbiran bekas Presiden Barack Obama, selepas beliau mengarahkan peguam Jabatan Kehakiman tidak mempertahankan perintah eksekutif kontroversinya mengenai pendatang.

“Pemangku Peguam Negara, Sally Yates, mengkhianati Jabatan Kehakiman dengan keengganan menguat kuasa arahan perundangan bertujuan melindungi rakyat Amerika Syarikat.

“Presiden Donald Trump memecat Yates dan menamakan Peguam bagi Virginia, Dana Boente, untuk berkhidmat sebagai Pemangku Peguam Negara sehingga pelantikan Senator Jeff Sessions, disahkan Senat,” kata kenyataan Rumah Putih. – AFP