Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran dalam kejadian melibatkan empat buah bas kilang dan sebuah van di Taman Perak Indah, Kulim |
KULIM - Sebanyak empat buah bas sebuah van kilang musnah dalam kebakaran di kawasan parkir di Taman Perak Indah, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu telah disedari pengawal keselamatan dari bengkel syarikat bas berkenaan yang bertugas di situ kira-kira 100 meter dari lokasi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi Tech Penolong Penguasa Bomba Mohd Azizi Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian berkenaan kira-kira jam 3.16 pagi.
"Setibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan empat buah bas kilang dan sebuah van yang diletakkan di tempat parkir yang berpagar dan berkunci.
"Kita telah melakukan operasi menggunakan dua aliran tiga pancutan dari jentera untuk mengawal dan memadamkan kebakaran.
"Kita dapati kesemua empat bas kilang yang diparkir berderet musnah hampir 100 peratus manakala van kilang yang turut diparkir di sebelah bas tersebut turut terbakar sebanyak 15 peratus," katanya.
Sumber: Sinar Harian